Mengenal Kamp Tahanan Hoeryong Korea Utara















Kamp tahanan Hoeryong






Kamp Hoeryong atau nama
rasminya Kwalliso adalah sebuah 'Political Prison' bagi penentang kerajaan.
  Lokasi kamp No.22 ini terletak di utara wilayah Hamgyong timur laut Korea
Utara. Ia dikelilingi gunung-gunung tinggi dan lembah yang jauh dari dunia
luar. Kamp ini sering dibandingkan dengan kamp Gulag era Soviet dan kamp-kamp
tahanan Nazi.









kamp ini dibentuk pada sekitar tahun 1965 di Haengyong-ri. Kawasan ini
diperluaskan hingga ke Chungbong-ri dan Sawul-ri pada tahun 1980an dan 1990an.
 Jumlah tahanan meningkat setelah kamp No.11(Kyongsong), No.12(Onsong),
No.13(Changpyong) ditutup dan tahanan dipindahkan ke Kamp No.22.










Kekejaman di dalam kamp
tahanan, pelanggaran hak asasi manusia termasuklah dengan penyiksaan, buruh
paksa dan eksperimen perubatan ke atas tahanan(Human Experiment).





1. Menurut keterangan bekas
pengawal kamp No.22, Ahn Myong Chol, pengawal dilatih untuk melayan tahanan
seperti bukan manusia biasa(Subhuman), Beliau mendakwa rutin harian pengawal
adalah menyiksa, memperkosa tahanan wanita dan dalam satu kejadian di mana korban
mengandung dan melahirkan anak, Bayinya akan dibunuh dengan cara dimasak dan
kemudiannya diberi kepada anjing mereka makan. Chol juga berkata beliau menyaksikan
kanak-kanak berebutan di kamp tersebut kerana berebut biji jagung yang diambil
dari tahi lembu.


2. Undang-undang Korea
Utara menentukan dasar 'Three Generations Punishment' di mana jika anda
melakukan kejahatan,
 anak-anak dan cucu-cucu
anda dengan serta-merta juga akan dikenakan hukuman ngeri yang sama di kamp-kamp
buruh.




3. Seorang defector Korea
Utara, Mr Shin Dong-Hyuk dilahirkan dalam kamp buruh Kaechon selepas
ibu-bapanya bertemu didalam penjara. Beliau menceritakan bagaimana ia sebagai 
banduan yang telah di'cuci otak' untuk rasa bersalah dan dipaksa menerima
bahawa dia dilahirkan sebagai penjahat dan akan mati sebagai penjahat. Pada
usia 13,
 apabila beliau terdengar ibu dan
abangnya merancang untuk melarikan diri, Beliau memberitahu kepada pengawal
mengenai rancangan tersebut dengan harapan untuk menyenangkan mereka keluar.
Sebaliknya, Shin diseksa, Beliau telah diikat dan diletakkan di atas arang api
sehingga dia terbau kulitnya terbakar, Beliau kemudian dipaksa untuk melihat
ibu dan abangnya dibunuh.




4. Banyak defectors Korea
Utara telah menceritakan tentang kekejaman eksperimentasi manusia ke atas
tahanan di kamp penjara politik yang terkenal, Kamp No.22. Bekas ketua keselamatan di kamp itu, Kwon Hyok, telah memberikan informasi
mengenai bilik gas di kamp tersebut, Di mana seluruh keluarga telah mati lemas,
Jadi hanya saintis dapat melihat dan mengambil nota mengenai proses kematian




5. Lee Soon-ok, bekas
tahanan di kamp itu, menceritakan semasa beliau menyaksikan satu eksperimen
maut di mana 50 banduan wanita yang sihat diberi makan kubis beracun, selepas
20 minit, mereka muntah darah dan mengalami pendarahan dalam dubur.




Share this

Related Posts

close