Perang Paling Unik di Dunia , Manusia melawan Burung Emu








Pernahkah anda terfikir bagaimana manusia boleh kalah
‘’berperang’’ dengan haiwan vertebrat seperti burung Emu?. Ianya bunyi agak
kelakar tetapi inilah yang berlaku di Australia barat.





Burung Emu(Dromaius novaehollandiae) ialah burung asli
Australia yang terbesar. Banyak burung Emu terdapat di pantai timur Australia
dan selatan  (pulau Tasmania) tetapi kini
jarang didapati di kawasan tersebut kerana terjejas oleh kegiatan-kegiatan
manusia.





Ianya bermula pada tahun 1929 apabila petani digalakan
untuk meningkatkan tanaman gandum dengan kerajaan menjanjikan bantuan dalam
bentuk subsidi. Cadangan subsidi tersebut gagal kerana harga gandum terus
jatuh.





Kesukaran yang dihadapi petani lebih parah pada tahun
1932 apabila petani di daerah Campion, Australia barat diserang kira-kira
20,000 ekor burung Emu dan merosakkan tanaman mereka, Majoriti dari petani
tersebut adalah veteran tentera perang dunia pertama.





Kemunculan 20,000 ekor burung Emu tersebut oleh kerana
Emu kerap berhijrah selepas musim pembiakan, menuju ke pantai dari kawasan
pedalaman.





Percubaan pertama



Penglibatan tentera pada Oktober 1932, ‘perang’ tersebut
telah dijalankan dibawah arahan G.P.W Meredith dari Seventh Heavy Battery unit
Artileri Diraja Australia.





Penampakan 50 ekor Emu dikawasan Campion pada 2
November, Percubaan penduduk tempatan(petani) menyerang Emu secara hendap
gagal, apabila burung Emu berpecah kepada kumpulan kecil yang menyebabkan
sasaran mereka tersasar.





Walau bagaimanapun, selepas serangan kedua, Senjata
‘machine gun’ mereka berjaya membunuh beberapa ekor burung Emu.





Pada 4 November, Meredith telah memulakan serangan
hendap berhampiran empangan dimana mereka mengesan 1,000 ekor Emu sedang menuju
ke arah kedudukan mereka. 8 November, Selepas 6 hari penglibatan pertama,
sebanyakan 2,500 butir peluru telah dilepaskan. Bilangan burung yang berjaya
dibunuh hanya 50 ekor sahaja.









Wakil-wakil dari Australian House of Representatives
berbincang mengenai operasi berikut kerana mendapat liputan negatif dari media
tempatan oleh kerana mereka hanya berjaya membunuh beberapa puluh ekor Emu
sahaja. Jadi kerajaan Australia menarik balik anggota tentera pada 8 November.





Percubaan Kedua



Selepas pengundaran tentera, Burung Emu
kembali menyerang tanaman mereka, sekali lagi para petani meminta bantuan.





Cuaca panas kemarau membawa ribuan haiwan tersebut ke
ladang.





Atas permintaan para petani, Menteri pertahanan
Australia telah meluluskan semula bantuan.





Pada 13 November 1932, menampakan hasil selepas satu
minggu 100 ekor Emu  berjaya dibunuh.





Meredith dipanggil semula pada 10 disember, dalam
laporannya beliau mendakwa kira-kira 986 ekor emu dibunuh dan ribuan burung Emu
cedera.





Selepas Kejadian





Menjelang disember 1932, berita mengenai‘’peperangan
emu’’ telah tersebar sehingga United Kingdom. Beberapa penyokong pemuliharaan
membantah ‘’penghapusan burung Emu’’ yang jarang berlaku secara besar-besaran.





Serangan ini tidak terhenti begitu sahaja, petani di
rantau ini sekali lagi meminta bantuan tentera pada tahun 1934, 1943 dan 1948.







Kerajaan Australia terpaksa berhenti memberi bantuan
ekoran berita mengenai ‘peperangan’ Emu di Australia yang telah tersebar dan
menjadi bahan ketawa penduduk dunia oleh kerana kegagalan Meredith menangani
masalah ini.





Habitat Burung Emu (Berwarna Merah) 












Share this

Related Posts

close