Perbedaan Islamisasi dan Arabisasi










Note:
Ini ialah sebuah artikel terbuka dan mengajak pembaca untuk memberikan sebuah
pikiran dan pandangan masing-masing. 
Seringkali
kita bertanya apa itu Islamisasi atau Arabisasi dan apa perbedaan di antaranya.
Saya beri contoh apa perbedaan keduanya daripada sudut pandang saya sendiri:




ISLAMISASI:


Proses
Islamisasi ialah proses membersihkan elemen di dalam budaya yang bertentangan
dengan syariat. Ianya tidak menghapuskan total budaya itu tetapi menambah nilai,
memperbaiki dan menjadikan budaya itu 'syariat compliant'. 
Contoh
busana Melayu yang dimasukkan ke elemen kepahaman Islam seperti baju Melayu
yang menandakan 5 Rukun di dalam agama Islam.





ARABISASI:


Proses
menghapuskan / menghina budaya suatu bangsa yang tidak melanggar syariat dengan
niatan menggantikannya dengan budaya Arab. 
Contoh
mempromosikan penggunaan jubah dan pada waktu yang sama memperjelekkan
penggunaan busana Melayu.





saya
mengambil contoh jubah Arab vs busana Melayu, eloknya saya rincikan lagi
masalah ini.


1. Adakah
memakai jubah itu salah untuk orang Melayu..?


Jawabannya
adalah TIDAK SALAH. Saya juga berjubah mengikuti kesesuaian di dalam majlis dan
keadaan. Ini karena di dalam Al-Quran ada menyebut mengenai Pakaian Indah dan
Pakaian Taqwa. 
Pemakaian
di dalam Islam ialah penting. Islam mementingkan umatnya supaya sentiasa
kelihatan segar dan bersih di dalam melaksanakan sesuatu.














Contohnya,
jika memakai kemeja, blazer dan tali leher di dalam pertemuan menjadikan anda
dapat menjiwai dan menjalankan tanggungjawab pertemuan dengan baik, maka ianya
tidak salah sebagai pakaian itu menutup aurat. Sama juga jika anda merasakan
dengan memakai jubah di dalam majlis keagamaan itu anda lebih dapat menjiwai
majlis dan tanggungjawab anda, maka silakan saja.





2. Makanya
apa yang salah..?


Yang
menjadi kesalahan, pada saya, adalah apabila anda menghukum seseorang itu
kurang Islamnya karena dia tidak mengenakan jubah contoh : walaupun pakaian
seseorang menutup aurat. 
Dan
menjadi kesalahan apabila ada yang mencemooh seseorang itu apabila dia lebih nyaman
mengenakan jubah walaupun majlis yang dihadiri itu bukan majlis agama.





3. Apakah
yang sebenarnya penting di dalam Islam mengenai pakaian..?








ialah,
pemakaian di dalam Islam terdapat 3 ciri penting ini:




  1. Bersih
    dari kotoran dan najis.

  2.  Menutup aurat.

  3. Mengikuti pada tempat dan cara.





Antara
yang menjadi perdebatan di dalam Islamisasi dan Arabisasi adalah ketidak
bolehan kita dalam membedakan antara budaya dan gaya hidup dengan sunnah. 
Baginda
Rasul SAW ialah contoh terbaik dengan uswatul hasanah (budi pekerti yang baik)
baginda sebagai pedoman kepada umat Islam seantero dunia. 
Kita
sebagai umat Islam sebaiknya coba mencontohi baginda di dalam perlakuan dan
tutur kata. 
Namun
begitu, kita juga harus jelas apakah itu gaya hidup yang sopan dan beradab
dengan sunnah baginda.






Contoh
antaranya yang dikatakan sunnah itu adalah sunnah baginda memakan menggunakan 3
jari. 
Baginda
Rasul memakan kurma dan roti. Ini adalah makanan masyarakat Arab pada ketika
itu. Baginda menekankan gaya makan yang sopan dan beradab. Ini adalah inti ajaran
baginda. 
Bukankah
kurang beradab dan sopan jika mengambil kurma dengan 5 jari. Tangan kita yang
kita masukkan ke dalam mulut terkena makanan lain di dalam mangkuk yang kita bagi
bersama orang lain. 
Makanan kita pula adalah nasi dan makanan
berkuah. Bukankah sulit jika mahu menyuapkan nasi dengan 3 jari. Apatah lagi
jika mau memakan sesuatu yang berkuah.





Sekali
lagi, apa yang baginda cuba sampaikan kepada umatnya adalah:




  1. Makan
    dan minum dengan beradab dan sopan.

  2. pikirkan
    juga orang lain apabila makan. Jangan kotorkan dengan perbuatan kita.

  3. Jangan
    membiarkan makanan terkena bakteria dari tangan kita.

  4. Ambil
    sedikit dulu dan jangan mubasirkan makanan.





Banyak
lagi amalan dan perbuatan baginda yang terkandung seribu satu pelajaran yang
boleh kita rangkaiakan jika kita mengkaji dengan lebih mendalam. 
Banyak
perbuatan dan perlakuan baginda yang mengandungi pelajaran dibalik permukaan
semata-mata. 
Bukankah
Akhlak baginda itu Al-Quran dan Al-Quran juga perlu dikaji secara mendalam dan
tidak diambil dari permukaan semata-mata..?







Intinya,
kita sebagai umat Islam perlu jelas apakah sesuatu itu adalah dari ajaran Islam
(Islamisasi) atau kebudayaan Arab (Arabisasi).
Islam
itu melestarikan budaya, melengkapinya dan membersihkannya dari elemen yang
bertentangan dengan syariat. 
Bukan
menghapusnya.























Share this

Related Posts

close