Namun seberapa banyak antara kita yang tahu lafaz Kamehameha itu sebenarnya datang dari seorang pengasas empayar agung nun jauh di Hawaii? Ya, saudara jauh orang Melayu kita, iaitu bangsa Hawaii mempunyai seorang raja agung yang mempunyai nama Kamehameha dan raja itu pula menjadi kebanggaan mereka sehingga kini.
Raja Kamehameha I atau lebih dikenali sebagai Kamehameha Yang Agung (The Great) lahir pada tahun 1758. Baginda ialah pendiri kepada Kerajaan Hawaii yang sebenarnya sebuah empayar yang mengabungkan suku-suku kecil Oʻahu, Maui, Molokaʻi, Lānaʻi dan Kauaʻi kepada sebuah pemerintahan pusat yang kukuh. Nama sebenar baginda ialah Paiea manakala maksud Kamehameha itu ialah "The Very Lonely One" iaitu nama lain untuk Paiea.
Menurut tradisi di Hawaii, apabila munculnya Kokoiki atau Komet Halley, maka kononnya seorang penakluk yang hebat akan lahir. Kahuna, seorang bomoh terkenal dalam masyarakat Hawaii ketika tu meramalkan bahawa dengan kedatangan komet Halley itu, akan muncul seorang pemimpin hebat di kalangan mereka yang akan mengalahkan musuh mereka dan menyatukan seluruh kepulauan Hawaii. Dikatakan bahawa detik kelahiran Raja Kamehameha memang bertepatan dengan munculnya komet Halley (Kokoiki) pada tahun 1758.
Pertempuran Mokuhai adalah detik pertama Raja Kamehameha I mula menampakkan bakat kepimpinannya. Ketika saudara Raja Alapai, Kalakiopuu meninggal dunia,pulau-pulau di Hawaii dibahagi menjadi dua, masing-masing untuk diwariskan kepada anaknya, Kiwalao dan anak saudaranya, Kamehameha. Perselisihan faham telah berlaku di daerah Keomo dan akhirnya tercetusnya peperangan.
Berjaya mencapai kemenangan dalam pertempuran itu, maka Kamehama I berjaya mengawal beberapa buah daerah. Bermula daripada situ, Kamehameha I mula memasangkan impian untuk menyatukan seluruh Hawaii di bawah satu pemerintahan. Dengan bantuan pedagang British dan juga Amerika, yang membekalkan senjata api kepada Raja Kamehameha, serta beberapa orang penasihat Eropah untuk baginda seperti Isaac David dan John Young.
Antara pertempuran yang paling diingati dalam percubaan Kamehameha I meluaskan empayarnya ialah pada Pertempuran Kawela, di mana baginda dicatatkan mengetuai 960 perahu perang serta 10,000 orang askar menyerang pulau Maui and Molokaʻi. Dalam peperangan ini, diceritakan bahawa jeneral perang kepercayaan Kamehameha I iaitu Kaʻiana telah mengkhianati perjuangan Kamehameha I. Namun Ka’iana telah terbunuh dalam pertempuran itu.
Kesemua pulau di Hawaii berjaya dikuasai oleh beliau kecuali pulau Kauai dan Niihau yang masih belum berada dibawah kekuasaannya pada tahun 1795. Namun, berkat diplomasi yang bijak daripada baginda, dua pulau tersebut berjaya dimasukkan kedalam wilayah kekuasaan Kamehameha pada tahun 1810,sekaligus beliau berjaya menyatukan seluruh pulau di Hawaii.
Kamehameha I juga terkenal dengan memperjuangkan undang-undang yang dipanggil Kānāwai Māmalahoe ( Undang-undang pengayuh berpecah), iaitu undang-undang yang melindungi hak asasi manusia bagi mereka yang bukan pejuang dalam peperangan (wanita, kaum tua dan juga kanak-kanak). Lebih kurang sama dengan undang-undang dan etika perang yang digariskan oleh junjungan besar Rasulullah S.A.W untuk umat Islam . Pada hari ini, undang-undang yang diperjuangkan oleh baginda masih lagi dipakai dalam dunia moden.
Related Posts
- Sejarah Muasal April MopTidakramai yang tahu asal usul April’s Fools. Lebih mengecewakan apabila umat Islamturut menyambutnya tanpa mengetahui nasib nenek moyang seagama yan ...
- Sejarah Penyebab Bangladesh Terpisah Dengan Pakistan Selepas jatuhnya British pada tahun 1947, Bengal dipisahkandaripada Pakistan Barat sebagai salah satu daerah wilayah tersebut dan diberinama sebagai ...
- Ekspedisi Pamalayu Kerajaan Singasari Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE w:La ...
- Apa Perbedaan Antara United Kingdom, Great Britain Dan England (Inggris) ?Eh, ini mau panggil UK ke Inggris? Great Britain ini apa pula?Niall Horan ini dari UK ke Irlandia?Pastinyabanyak yang bertanya tanya tentang persoala ...
- Raja Kamehameha: Raja Kerajaan Hawaii yang AgungKalau ditanyakan apa maksud kamehameha kepada kebanyakan orang kita, kebanyakan kita akan terbayangkan satu jurus kuasa dari sebuah anime Jepun yang ...
- Kisah Samurai Jepang Terakhir di Tanah Kalimantan SEKITARtahun 1941 akhirnya Sarawak Kingdom jatuh juga ke tangan Jepun yang telahmenakluki bumi Asia Tenggara melalui kempen Perang Dunia Kedua pada w ...