Undian
dibuka kepada umum dengan hasil undian yang disiarkan oleh media The Malay Mail
pada tanggal 29 November 1949 menunjukkan 42% telah memilih reka bentuk
Allahyarham yang menunjukkan pengaruh kepada bendera Johor, negri asal beliau.
Kemudian ia diakui oleh Majlis Raja-Raja pada 23 Februari 1950. Siapa kata ini
“bendera penjajah”?
Jalur Gemilang tidak menjiplak dari bendera Amerika Syarikat. Bendera Amerika
Syarikat yang dibuat oleh Betsy Rose ialah diilhamkan oleh bendera Syarikat
Hindia Timur Inggeris (East India Company – EIC) yang telah menjajah Amerika
Utara sebelum tahun 1776. Bendera EIC pula diambil dari umbul-umbul Kerajaan
Majapahit bernama “Getih-Getah Samudera” yang memiliki 9 jalur merah putih,
setelah kapal EIC belayar ke nusantara pada abad ke-17. Siapa meniru siapa ?
Bendera Umbul-Umbul Majapahit
Bendera East Indie Company
Kedua-dua dari Getih-Getah Samudera
(jalur merah dan putih) dan Sang Dwaja/Pataka (merah dan putih) ialah variasi
panji-panji kebesaran dari Kerajaan Majapahit. Jadi, Jalur Gemilang dan Sang
Saka adalah warisan Nusantara. Malah, bendera jalur merah putih dikibarkan oleh
Tentara Laut Indonesia yang dinamakan sebagai “Ular-Ular Perang”. Pikiran
geopolitik seperti saya memang melihat Getih-Getah Samudera lebih seperti
dengan jati diri kita sebagai bangsa pelaut/maritim.
Sayang sekali, Allahyarham tidak lagi
bersama dengan kita. Kita tidak dapat tahu apa motif Allahyarham memilih corak
Getih-Getah Samudera. Yang dapat saya lihat, Allahyarham berusaha untuk
menggabungkan warisan identitas agama (bulan bintang Uthmaniyyah) serta warisan
bangsa (jalur merah putih Majapahit) dalam representasi yang begitu moderen dan
dinamis (betapa indahnya corak jalur ini melambai ketika dibelai angin). Sayang
sekali, Bila Allahyarham masih hidup, pasti hati beliau teriris dengan berbagai
tuduhan yang tidak berdasar.
Sudah sampai masa kita berikan pengakuan
yang sewajarnya kepada Almarhum Allahyarham. Hormatilah insan mulia ini yang
telah memberikan Jalur Gemilang yang menjadi inspirasi kita tak hingga waktu
senang, suka atau duka. Simbol yang memadukan kita semua. Lambang yang menjadi
kebanggaan Kerajaan Malaysia.
Terima kasih Allahyarham Mohamed bin
Hamzah. Tenanglah engkau di alam sana.
“Puncak dunia telah kau tawan,
Lautan luas telah kau raih.
Membawa semangat jiwa Merdeka,
Semangat jaya kami warganya”
Related Posts
- Kisah Samurai Jepang Terakhir di Tanah Kalimantan SEKITARtahun 1941 akhirnya Sarawak Kingdom jatuh juga ke tangan Jepun yang telahmenakluki bumi Asia Tenggara melalui kempen Perang Dunia Kedua pada w ...
- Sejarah Muasal April MopTidakramai yang tahu asal usul April’s Fools. Lebih mengecewakan apabila umat Islamturut menyambutnya tanpa mengetahui nasib nenek moyang seagama yan ...
- SYAIR MELAYU PERANG DUNIA KEDUASYAIRMELAYU PERANG DUNIA KEDUATak sangka pula ada syair Melayu yang dinukilkanmenceritakan pasal Perang Dunia Kedua.Syair Kenang-kenangan (1941~1945) ...
- Sejarah Kerajaan Brunei Tua Biladisebut Kerajaan Kesultanan Brunei Darussalam sudah semesti ramai yangmengetahuinya lebih-lebih lagi Negara Brunei Darussalam sekarang adalah neg ...
- Kisah Kekalahan Mongol Melawan Kerajaan Majapahit di Tanah Jawa Kaliini kita belajar pula bagaimana Raden Wijaya memainkan peranannya dalam sejarahdi Nusantara ini, dan bagaimana liciknya Raden Wijaya berjayamenum ...
- Taman Gantung BabyloniaTamanTergantung Babylon (juga dikenali sebagai Taman Tergantung Semiramis) merupakansalah satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia. Ianya telahdibina ...