Kisah Kebangkitan Ekonomi Korea Selatan










Bila
sebut sahaja mengenai sebuah negara bernama Korea Selatan, pasti pemikiran kita
akan terus terdetik pada budaya K-Pop, sebuah budaya di mana sekumpulan
boy-band yang menari di atas pentas, sambil menyanyi lagu rancak dan menari.
Anggota boyband ini pula pastinya mempunyai wajah yang persis perempuan, jarang
punya sifat kelakian, dan selalunya datang daripada pembedahan plastik dan
bukannya original. Itulah sterotype dan pemikiran kita kalau bercakap mengenai
Korea Selatan. Bahkan kalau ditanya pada anak gadis kita, mungkin hanya perkara
itu yang menjadi pemikiran Malaysia.





Barangkali...
ya barangkali dasar pandang ke timur yang diasaskan oleh mantan perdana menteri
kita, iaitu Tun Mahathir Mohammad di salahgunakan. Bukan itu sebenarnya yang
dimahukan oleh bekas perdana menteri kita. Bukanlah perkara buruk yang
dibawakan oleh negara mereka, namun apa yang digesa oleh Tun M ialah agar
memandang sisi baik yang harus dicontohi oleh negara kita. Sesungguhnya, Korea
Selatan punya sebuah kisah yang harus kalian pelajari. Ya, kita semua!





Untuk
pengetahuan kalian semua, Korea Selatan merupakan negara yang agak malang.
Dalam sejarah mereka, kebanyakan masa mereka terpaksa menjadi hamba kepada dua
kuasa besar dunia yang mengapit mereka, Jepun dan China, meski ada fasa dalam
sejarah mereka, mereka pernah bangkit untuk melawan, namun sepanjang masa lebih
kepada tunduk segan, mati tidak mahu.





Tetapi,
siapa tahu bangsa ini bangkit menjadi harimau dalam sejarah dunia. Dan perkara
seperti inilah yang perlu kita pandang, seperti mana saranan Tun M. Mari, saya
perkenalkan kepada kalian sebuah fasa dalam sejarah Korea yang digelar sebagai
KEAJAIBAN SUNGAI HAN, di mana fasa ekonomi Korea Selatan mencanak seperti
tebing tinggi. Keajaiban yang harus digilai oleh anak gadis kita, bahkan anak
lelaki kita.





Setelah
berakhirnya perang Korea di tahun 1953, pendapatan per kapita hanya 67 dollar,
lebih rendah dari sebelum perang dan merupakan salah satu pendapatan yang
terendah di dunia. 40% struktur telah hancur, 2/3-nya dari sektor industri.
Produksi pertanian 27% lebih rendah dari masa sebelum perang, sehingga
kebuluran melanda bangsa Korea selepas peperangan! Park Chee-Hung adalah individu
yang bertanggungjawab di sebalik kenaikan Korea Selatan menjadi kuasa besar
Asia dalam bidang ekonomi.





[Dasar-Dasar
Perindustrian Korea]



Antara
perancangan awal Korea Selatan yang cuba bangkit daripada zaman kejatuhan
mereka adalah dengan menubuhan Badan Perancangan Ekononi atau Ekonomi Planning
Board (EPB) yang bertanggungjawab kepada rancangan-rancangan pembangunan
ekonomi bagi setiap 5 tahun. Setiap rancangan ekonomi ini dibahagikan kepada
empat tahap. Di mana pada tahap pertama dimulakan pada tahun 1962, dan ianya
bertujuan untuk membangunkan semula industri mereka yang sedang ranap. Apabila
industri mereka sudah kembali berdiri, maka mereka mula menciptakan
keseimbangan antara pembangunan industri dan pertanian dan tahap itu merupakan
tahap ketiga (1972 – 1976). Pada tahap keempat pula ialah pembangunan ekonomi
yang mandiri dan keadilan dalam membahagikan hasil pembangunan.





Yang
menjalankan tanggungjawab untuk melaksanakan semua perancangan-perancangan ini
ialah Kementerian yang berkaitan dengan perdagangan, industri, kewangan,
pengakutan, komunikasi, pertanian dan perikanan di bawah EPB. Kuasa EPB adalah
tersangat besar sehingga mampu mengawal dan menguasai bank-bank komersial. EPB
juga berkuasa untuk mengubah pajak, takrif, subnsidi, takrif keperluan umum,
mengawal harga barang tertentu, mengawal lesen-lesen import dan pelaburan, dan
sebagainya.





Ketika
penjajhan Jepun mencengkam negara Korea Selatan, asas-asas untuk membangunkan
ekonomi negara telah dimulakan oleh Jepun seperti infrastruktur seperti jalan
raya, rel kereta api, eletrik, saluran pengairan, tenaga kerja yang terdidik
dalam dalam bidang industri dan pentadbiran, dan sejumlah kilang yang mampu
menyediakan suatu asas industri ringan meskipun dalam jumlah dan kekuatan yang
agak terbatas. Di bawah tekanan kuat AS, pihak Jepun terpaksa menjual
kilang-kilang yang pernah dibangunkan dengan harga yang murah pada para
pengusaha Korea.





Pada
masa pemerintahan Presiden Syngman Rhee, asas-asas yang wujud di Korea ini
diekplotasi dengan baik oleh beliau apabila dasar perindustrian berdasarkan
import mula bangkit. Ketika inilah para Chaebol iaitu konglomerat-konglomerat
raksasa, dikuasai oleh sistem keluarga telah bangkit dan memperoleh model.
Konglomerat tersebut pada hari ini boleh dikenali dengan syarikat-syarikat
seperti Samsung, dan Hyundai. Namun korupsi menyebabkan Korea Selatan gagal
bangkit, namun semuanya berubah di bawah pemerintahan Park Chung-Hee.





Para
Chebol di bawah pemerintahan beliau diarahkan oleh Park Chung Hee untuk
mewujudkan agenda pembangunan yang disusun oleh kerajaan seperti pengembangan
industri manufaktur seperti elektronik, kereta, semikonduktor. Bahkan aktiviti
mengkesport bahan-bahan tersebut ke luar negara turut digalakkan oleh kerajaan
memandangkan pasaran Korea ketika itu agak sempit.





Perancangan
Park Chung Hee ketika itu berjaya apabila eksport Korea Selatan seperti
tekstil, komponen eletronilk dan bahan-bahan produk kimia berjaya dijual dengan
jayanya di pasaran luar. Dasar eksport yang diperkenalkan oleh Park Chung Hee
ini kelihatan begitu berjaya.





Kemudian,
ketika Korea Selatan mula memasuki satu fasa peralihan dari industri ringan ke
industri berat pada tahun tahun 1973, di mana kerajaan mula memberikan prioriti
kepada perkembangan industri berat dan kimia seperti pembuatan kapal, kereta
dan pretrol.





Maka
MITI Korea Selatan ketika itu mula menyalurkan pinjaman besar demi pinjaman
kepada Chaebol yang menjadi tiang ekonomi negara mereka. Pinjaman yang
disalurkan pula tidak perlu dipulangkan dengan bunga. Hyundai misalnya
ditugaskan oleh kerajaan untuk membangunkan sektor automotif, manakala Daewoo
pula dalam bidan tekstikl mula ditugaskan dalam penhasilan mesing, pembuatan
kapal dan kereta. Gerakan industri-industri besar mula digerakkan oleh Park
Chung-Hee. Pohang Steel Company (POSCO) ketika itu menjadi industri baja
terbesar kedua di dunia.





Apabila
industri-industri Korea ini mula mencapai kejayaan, maka ketika bermulalah
jurang yang amat jauh antara sektor pertanian dan juga sektor industrial yang
ketinggalan sangat jauh antara satu sama lain. Maka Park Chung Hee memulakan
sebuah gerakan yang bernama Gerakan Saemaul Undong atau maksudnya Gerakan
Masyarakat Baru. Gerakan ini berpaksikan kepada semangat kemerdekaan
(indipendence), kemandirian (self-help) untuk mewujudkan gerakan kampung baru
(New Village Movement), dan kerjasama atau sifat gotong royong (Mutual
Cooperation).





Gerakan
ini dimulakan dengan proses pengumpulan data aset tempatan yang jarang
dimanfaatkan, lalu aset ini ditransformkan kepada menjadi aset yang memperbaiki
taraf hidup rakyat tempatan. Terdapat tiga tahap dalam Gerakan Saemaul Undong.
Tahap pertama berkisarkan pembaikian lingkungan hidup warga kampung seperti
fasiliti fizikal. Tahap kedua adalah memperbaiki infrastruktur asas dan yang
terakhir adalah memperluaskan kerja pertanian dan bukan pertanian.





Gerakan
ini diteruskan dengan Village Cooperative Scheme iaitu (VCS) yang bertujuan
untuk memperluaskan capaian gerakan ini. Hasilnya ialah permodenan perumahan
masyarakat kampung, pembangunan jalan-jalan dan saliran, pembangunan sistem
kumbahan, memberikan pengetahuan ilmu sain dan teknologi, pembangunan industri
desa dan perluasan pamasaran. Hasilnya, pendapatan para pertani meningkat 9.5
tahun untuk setiap tahun. Pelaburan ke kawasan kampung mengalami peningkatan
sebanyak 20 peratus!





Asas-asas
yang dibangunkan oleh Park Chung-Hee sehingga ekonomi Korea mencanak naik dan
menjadi kuasa besar ekonomi dunia! Dan untuk pengetahuan semua, dasar yang
lebih kurang sama digunakan oleh Park Chung-Hee turut diamalkan oleh Tun M
apabila dasar pengindustrian Malaysia besar-besaran berlaku.





Namun
keajaiban Sungai Han ini seperti terhenti selepas peristiwa krisis kewangan dan
ekonomi pada tahun 1997 dahulu. Dan sehingga hari ini, Korea Selatan cuba
mengembalikan zaman kegemilangan mereka ini. Namun kejayaan menjadi kuasa ke-11
ekonomi dunia dan mencapai KDNK sehingga angka trillion ialah sesuatu yang
membanggakan buat Korea Selatan.












































































Dan
Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina kemudiannya dikenali sebagai Harimau
Asia yang terkemudiannya kerana mengadaptasikan cara yang digunakan oleh
Singapura, Korea Selatan, Taiwan dan Hong Kong menaikkan ekonomi mereka. Tiger
Club Economies adalah gelaran untuk negara ini termasuk kita.






Share this

Related Posts

close