Perbedaan Slang , Loghat , dan Creole dalam Bahasa












Bahasa Melayu
adalah Bahasa yg sangat kuat pengaruhnya digunakan secara menyeluruh di
Nusantara. Sejarah ini dapat ditelusuri sejak era
Kerajaan Empayar Sriwijaya  yang turut
sama mengembangkan Bahasa Melayu (700M-1100M) kemudian diteruskan pula oleh
Kesultanan Melayu Melaka (1300M-1511M), Kesultanan Melayu Johor-Riau-Lingga
(1528M-1800M) & Kesultanan Melayu Brunei (1485M-1800M). Ke-4 Kerajaan
tersebut telah berpengaruh untuk mengembangkan Bahasa Melayu ke seluruh
Nusantara melalui peranan rangkaian perdagangan yg luas. Bahasa Melayu mencapai
kegemilangannya di era Melaka yg sangat mahsyur sebagai pusat perdagangan dunia
di jazirah timur. Dikatakan pelabuhan Melaka tersangatlah sibuk dan terdapat
sekitar 84 buah Bahasa dunia dipertuturkan di pelabuhan Melaka, bayangkan
sndiri betapa sibuknya Melaka di zaman lalu.






Dari rangkaian perdagangan itu lah, wujudnya Bahasa yg dinamakan creole dan pidgin
(slang)
.





Namun begitu,
Bahasa Melayu juga dikembangkan melalui kerja penjajah, yakni Belanda &
juga Inggeris. Bahasa Melayu dipilih sebagai Bahasa lingua franca oleh penjajah
Belanda & Inggeris kerana 1. ia mudah dipelajari 2. Kerana hampir
sebilangan besar Nusantara mempunyai sejarah menggunakan Bahasa Melayu sebagai
Bahasa perdagangan dan masih menggunakannya di saat kedatangan Belanda 3.
Adalah amat leceh bagi pihak Belanda khususnya utk mempelajari Bahasa setempat,
tambah lebih leceh utk mengajarkan org setempat Bahasa Belanda juga, jadi
menggunakan Bahasa Melayu merupakan pilihan selamat dan lebih kost efektif bagi
Belanda. Belanda banyak mengembangkan varian Bahasa Melayu terutama sekali untuk
tujuan misionaris Kristian ini banyak berlaku di sekitar kawasan timur
Nusantara seperti Papua, Maluku & Sulawesi.





Maka
tadi aku ada sebut creole, jadi, apa itu CREOLE?


Creole adalah
Bahasa kacukan yg dikembangkan oleh sesuatu masyarakat dan digunakan oleh
masyarakat tertentu untuk saling berkomunikasi. Dalam hal ini, Bahasa Melayu
mendapat kacukan Bahasa disebabkan penuturnya berasal dari bermacam2 latar belakang
Bahasa yg berbeza. Jgn disalah erti Creole dgn Dialek ya. Beza Creole dan
Dialek, dialek itu terhasil dari variasi sesuatu Bahasa yg dituturkan oleh
kelompok etnik yang sama (dalam hal ini, Melayu), manakala creole pula terhasil
dari kacukan sesuatu Bahasa asing dgn Bahasa yg dikacukkan itu. Pengertian
mudah: Bahasa Melayu Kedah, Bahasa Melayu Perak, Bahasa Melayu Sarawak adalah
dialek kepada Bahasa Melayu tetapi Bahasa Banjar bukan dialek kepada Bahasa
Melayu sebaliknya ia adalah Bahasa creole kacukkan Bahasa Melayu dengan Bahasa
setempat iaitu Bahasa Ngaju & Bahasa Ma’anyan (kedua-duanya adalah Bahasa
budaya Dayak) serta juga Bahasa asing yang lagi 1 iaitu Bahasa Jawa (melalui
pengaruh Kerajaan Mataram). Creole juga biasanya tidak diclaim oleh mana2 etnik
kerana ia hanyalah merupakan Bahasa lingua franca (pengantara) bagi etnik2 yg
berbahasa berbeza2 dan bukan Bahasa milik etnik2 tertentu. Namun dalam beberapa
hal, ia layak diclaim menjadi Bahasa tertentu terutama apabila ia telah
berevolusi menjadi bahasanya tersendiri dan merupakan Bahasa pertuturan
sehari2an etnik tertentu (Bahasa pertama).





PIDGIN
(erti kata lain, Slanga atau Slang)




Dalam
pengertian hari ini, ia bermaksud Bahasa pasaran. Pidgin(slang) ini terhasil
dari perkataan Bahasa asing yg diserap ke sesuatu Bahasa. Ini terjadi juga disebabkan
oleh perdagangan dan percampuran antara etnik Bahasa yg berbeza2 jadi mereka
meminjam banyak kata dari bahasa2 yg digaulkan itu agar mudah mengerti antara 1
sama lain. Banyak yg salah faham anggap slang itu sama dengan dialek. Jadi aku
ingin tekankan di sini, SLANG ITU BUKAN DIALEK.





Loghat
pula, apa itu sebenarnya LOGHAT?


Banyak yang
keliru dan tak tahu membezakan antara loghat, slang / slanga dan dialek. Loghat
itu yg sebenarnya adalah “telo” sebutan yg terbawak2 ke dalam Bahasa yg
dituturi oleh penutur Bahasa asing. Macam contoh bila orang cina cakap melayu
atau inggeris lazimnya mereka akan terbawak2 pengaruh Bahasa cina mereka dengan
menambahkan partikel “Lah” atau “Mah”. Nah! Itu lah sbnrnya Loghat!




Jadi mari
kita ungkapkan bahasa2 Melayu perdagangan atau creole yg wujud di seluruh
Nusantara utk pengetahuan bersama ya!





Bahasa Banjar


Seperti yg
telah aku kongsikan sedikit tadi, Bahasa Banjar ini sebenarnya merupakan Bahasa
creole (kacukkan) daripada Bahasa Melayu dengan Bahasa2 setempat yaitu Ngaju
& Ma’anyan, malah juga ia banyak mengadaptasi Bahasa Jawa ke dalamnya ini
berkat pengaruh Kerajaan Mataram. Terletak di bahagian paling selatan pulau
Borneo, Bahasa Banjar seperti juga bahasa2 Melayu lain yg dipertuturkan di
seluruh Borneo, ia telah dikembangkan oleh pedagang2 Melayu dari Kesultanan
Brunei, jd disebabkan itu dari segi penyebutan, Bahasa Banjar dan Bahasa Brunei
mempunyai cara sebutan yg sama, yaitu penyebutan yg baku dan pekat. Bahasa
Banjar terbahagi kepada 2 dialek yaitu Bahasa Banjar Kuala & Bahasa Banjar
Hulu.





Bahasa  Melayu Kutai


Bahasa
Melayu Kutai juga seperti Bahasa Banjar, adalah creole Bahasa Melayu yg
dicampurkan pengaruh Bahasa tempatan, dalam hal ini Bahasa Ot Danum. Namun
variasi Bahasa Melayu Kutai dengan Bahasa Banjar tidak banyak bezanya dengan
cara penyebutannya. Bahasa Melayu Kutai digunakan sebagai Bahasa lingua franca
untuk etnik2 Dayak di sekitar Borneo Timur.





Bahasa Melayu Sabah


Varian
dari Bahasa Melayu Brunei membentuk Bahasa Melayu Sabah yg dipengaruhi oleh
bahasa2 setempat seperti Bahasa Kadazan Dusun, Murut, Bajau. Bahasa Melayu Sabah
merupakan Bahasa lingua franca bagi etnik yg beragam di Sabah.





Bahasa Melayu Betawi


Bahasa
Melayu Betawi dahulunya adalah Bahasa yang sangat berpengaruh di sekitar pulau
Jawa malah pernah digunakan oleh Belanda sebagai Bahasa lingua franca dengan
etnik2 tempatan di pulau Jawa. Bahasa Melayu Betawi adalah produk pengaruh
rangkaian perdagangan & percampuran banyak etnik luar. Varian Bahasa Melayu
Betawi ini terdapat banyak pengaruh dari bahasa2 luar seperti Sunda, Jawa,
Bugis, Bali, Belanda, Portugis malah juga Bahasa Cina. Bahasa Melayu Betawi
mendapat nama dari pelabuhan dan pusat pemerintahan Belanda di Pulau Jawa yg
dinamakan Batavia (sekarang ditukar nama kepada Jakarta).





Bahasa Melayu Sulawesi Utara (Manado)




Manado
sebagai kota penting Belanda di Sulawesi Utara, Bahasa Melayu digunakan oleh
Belanda sebagai Bahasa lingua franca di wilayah ini, Bahasa Melayu Manado ini banyak
dipengaruhi oleh Bahasa Portugis & Bahasa Belanda sambil asasnya dari
Bahasa Melayu. Bahasa Melayu Manado dahulunya digunakan secara meluas oleh
misionaris Belanda & Portugis di Sulawesi Utara sehingga ke Gorontalo,
lantas Bahasa ini hari ini telah Berjaya menjadi lingua franca bagi beragam
etnik yg berbeza bahasanya di sekitar Sulawesi Utara.





Bahasa Melayu Sulawesi Selatan (Loghat Melayu Makassar)


Bahasa Melayu
Sulawesi Selatan (atau kadang dipanggil Bahasa Melayu Makassar / Loghat Melayu
Makassar) adalah Bahasa Melayu yg sangat berpengaruh di sekitar Sulawesi yakni
Sulawesi Selatan, Sulawesi Barat & Sulawesi Tenggara. Bahasa Melayu ini
mempunyai sejarah panjang sejak era kerancakkan perdagangan Melaka-Makassar lagi.
Kota Makassar merupakan antara pelabuhan yang tersibuk di Nusantara sebelah
timur, jika Melaka sibuk di sebelah barat, Makassar adalah jawapannya di
sebelah timur. Bahasa ini merupakan Bahasa lingua franca bagi semua etnik2 yg
berbahasa berbeza2 di Sulawesi Selatan khususnya Makassar, Bugis, Mandar,
Toraja kerana masing2 etnik ini mempunyai Bahasa yg berbeza. Penggunaan Bahasa
ini masih digunakan harini malah ia sebenarnya lebih popular berbanding Bahasa
Indonesia sendiri di Sulawesi Selatan. Bahasa Melayu Sulawesi Selatan dikenali
dengan imbuhan2 partikelnya yg rumit (terhasil dari loghat) yg dipengaruhi oleh
Bahasa Makassar membuatkan ia antara Bahasa Melayu yg paling susah untuk
dikuasai.





Bahasa Melayu Maluku Utara (Loghat  Melayu Ternate)


Ternate
seperti juga Makassar, merupakan antara kerajaan paling berpengaruh di
Nusantara sebelah timur & merupakan hubungan perdagangan di rantau
tersebut. Malah mungkin tak ramai yg tahu, Ternate juga pernah menewaskan
Portugis tahu. Bahasa Melayu Ternate seperti juga Bahasa Melayu creole yg di
atas ni, juga merupakan Bahasa lingua franca bagi segenap kawasan Maluku utara
yg mempunyai bermacam2 ragam Bahasa & etnik sambil pernah dijadikan Bahasa
rasmi kerajaan Ternate & Tidore. Bahasa Melayu Ternate banyak dipengaruhi
oleh Bahasa Ternate sendiri, yg sebenarnya merupakan sejenis Bahasa keluarga
Melanesia.





Bahasa Melayu Ambon (Maluku)


Pulau Ambon
dan kepulauan Maluku didiami oleh etnik2 yg secara kolektif dipanggil sebagai
Alifuru. Bahasa Melayu di Ambon dikembangkan melalui rangkaian perdagangan
kerajaan Makassar dari Sulawesi Selatan. Bahasa ini kemudiannya digunakan di
segenap Maluku selatan, pasca ketibaan Portugis ia menyerap banyak kosakata
Portugis dan kedatangan Belanda ia telah dikembangkan lagi melalui kerja
misionaris Kristian Belanda di sekitar Maluku. Bahasa Melayu Ambon hari ini
juga masih merupakan Bahasa lingua franca bagi semua etnik asal (Alifuru) dan
juga etnik dari luar Maluku lazimnya Jawa, Bali, Buton, Bugis, Makassar, Papua,
Melayu dan banyak lagi.





Bahasa Melayu Nusa Tengga Timur


Bahasa Melayu
Nusa Tenggara Timur terhasil melalui usaha misionaris kristian Belanda &
Portugis yg turut mengembangkan Bahasa Melayu ke kawasan ini. Kebanyakkan
penduduk asal kawasan sekitar Nusa Tenggara Timur seperti Flores, Kupang &
Timor ini merupakan keturunan dari Melayu Melaka & juga Bugis serta
Makassar yg telah berkahwin campur dengan penduduk setempat yg rata2
berketurunan Melanesia. Bahasa Melayu Nusa Tenggara Timur mempunyai byk
pengaruh dari Bahasa Portugis & Belanda.





Bahasa Melayu Papua


Bahasa
Melayu Papua seperti kebanyakkan bahasa2 Nusantara Timur yang dikembangkan
melalui usaha misionaris Kristian Belanda & Portugis. Papua adalah pulau yg
mempunyai beratus2 bahasa yg berbeza dan didiami oleh banyak etnik asal Papua dan
juga etnik2 luar Papua. Komuniti besar ini membentukkan Bahasa Melayu Papua yg
masih digunakan hingga ke hari ni.






Terima kasih kepada Mas Daeng Andika yang telah memberikan pengetahuan ini





Share this

Related Posts

close