Fakta Bangsa Viking yang Sebenarnya















1. Jika anda menonton filem-filem mengenai Viking sekitar
10 ke 20 tahun dahulu,apa yg sering di paparkan adalah mereka memakai topi besi
bertanduk, begitu juga kalau anda menonton kartoon. Tapi tahukah anda bahawa
ini adalah falasi. Sebenarnya tiada langsung dlm catatan sejarah atau jumpaan
arkeologi yg menunjukkan bahawa mereka pakai helmet bertanduk. Helmet perang
mereka sebenarnya sama seperti helmet tentera-tentera berkuda Rohan dalam
trilogi The Lord of the Rings. Sedangkan helmet bertanduk tersebut adalah untuk
bomoh atau dukun sahaja. Topi bertanduk ini dipopularkan oleh filem-filem
Hollywood sekitar awal abad 20.













2. Satu lagi mitos tentang Viking adalah mereka bangsa
yang tak bertamadun dan kotor. Sebenarnya dalam banyak-banyak suku Eropah,
Viking adalah diantara yang paling pembersih. Lebih bersih dari orang Inggeris.
Dlm penggalian yang dibuat terhadap kubur mereka , dijumpai banyak alat-alat
untuk berdandan dan membersihkan diri antaranya pengorek telinga, pisau
cukur,sikat rambut,dan pencungkil gigi yg dibuat dari tanduk atau tulang2.
Orang Viking juga mandi lebih kerap dari orang Eropah lain pada zamannya,yakni
sekali seminggu terutama hari Sabtu kerana hari sabtu adalah hari berhias bagi
orang Viking terutama lelaki. Mereka juga suka berendam dalam hot spring atau
air panas. Ini menunjukkan mereka adalah metroseksual… hehehe.


 





3. Tahukah anda seperti orang Melayu, kaum Viking juga
sangat memandang tinggi golongan wanita. Suri rumah Viking mempunyai lebih hak
dan kuasa berbanding wanita-wanita berkahwin dari kaum lain pada masa itu.
Apabila suaminya pergi berperang atau berlayar,si isteri mempunyai kuasa untuk
menguruskan ladang,buruh buruh dan hamba. Mereka juga ada bahagian dalam harta
pusaka, boleh menceraikan suami mereka jika suami gagal menjalankan
tanggungjawab dan berhak ambil balik mas kahwinnya.malah kaum lelaki terpaksa
membayar wang sara hidup untuk bekas isterinya. Pernah tercatat dalam sejarah
Viking bahawa seorang wanita telah menceraikan suaminya kerana suaminya
mempunyai bulu dada yg terlalu tebal dan tidak mahu mencukur.Hmmmm....menarik
bukan? 


















4. Satu lagi mitos ialah orang Viking yang kita selalu
tahu ialah kononnya mereka suka menjarah dan berperang serta merampas harta
orang lain.Sebenarnya sebahagian besar hidup mereka yakni orang Viking adalah
petani dan nelayan. Mereka menanam oat, barli dan gandum. Mereka juga menternak
lembu,kambing dan babi. Hanya sebahagian sahaja dari Viking yang selalu melanun
dan menjarah.













5. Satu perkara yang kita tak tahu tentang Viking jga
adalah kaum lelaki mereka suka mewarnakan rambut mereka blond. Bagi mereka rambut
blond adalah cantik. Lelaki yang berambut merah biasanya akan menggunakan
sejenis bancuhan kapur untuk mewarnakan rambut mereka hingga jadi blond, malah
janggut juga di warnakan blond. Dengan meletakkan campuran kapur dan mewarnakan
rambut ini juga, org Viking dapat mengelakkan masalah penyakit yang sering
dihadapi oleh kaum-kaum lain di Eropah pada masa itu yakni serangan KUTU.













6. Orang Viking sangat diplomatik dan berdiplomasi
sesama sendiri. Jika terdapatnya seorang pemimpin yang jahat atau kejam, satu
majlis timbang tara akan dibuat dan pemimpin tersebut akan dibuang negeri. Hal
ini berlaku pada raja yg bernama Erik The Red (Erik Thorvaldsson) yang suka
melakukan kekejaman hingga orang Viking sendiri tak suka. Dia dibuang dari
Norway dan Iceland.













7.Orang Viking sangat sukakan hikayat, lagu-lagu
tradisi,dan cerita-cerita penglipur lara. Berbanding dgn kaum-kaum Eropah
lain,diet pemakanan orang Viking juga adalah yang paling seimbang dan sihat
kerana mereka suka makan ikan terutama ikan kod yg mempunyai kandungan Omega 3
yang tinggi dan mereka juga makan pelbagai bijirin dan sayuran. Orang Viking
juga hanya makan 2 kali sehari iaitu makan siang dan makan malam.









8 Sepertimana kegemaran mereka akan rambut yang blond,
mereka juga sukakan pakaian yang berwarna terang seperti biru muda, kuning dan
merah.













9. Orang Viking mempunyai cara menegur seseorang.
Setiap kali mereka berjumpa mereka akan berkata "Ey wassup!" Wassup
yang digunakan oleh anak muda pada hari ini sebenarnya berasal dari budaya
Viking.. ey wassup!













10. Orang viking ada tandas luar rumah macam orang
Melayu dan bersuci dgn bulu kambing atau lumut setiap kali mereka membuang air
besar.













Berbeza kan budaya orang Viking yang
sebenar,berbanding dengan Viking yang selalu kita tonton di televisyen bukan?








 








Share this

Related Posts

close