Unik !, Inilah Sejarah Perang Tersingkat di Dunia








Zanzibar adalah sebuah negara pulau yang terletak di lautan
hindi, sekarang ia adalah sebagian dari negara Tanzania. Pulau Zanzibar menjadi
dibawah kawalan nominal Kesultanan Oman sejak 1698 selepas mereka berhasil
mengusir  Portugis yang menuntut pulau
tersebut pada tahun 1499.





Namun demikian, Kesultanan Oman berpecah, Zanzibar dan Oman
telah dibagikan kepada dua pemerintah sendiri-sendiri, Sultan Majid bin Said
memerintah Zanzibar, Dan kakaknya Thuwaini bin Said al-Busaid memerintah Oman.





Sultan Majid bin Said membebaskan pulau Zanzibar dengan mendapat
pengakuan Great Britain. Ini menjadikan Sultan Majid sebagai Sultan pertama
Zanzibar.





Bargash bin Said, Sultan kedua Zanzibar telah dipaksa oleh
tuntutan British dengan ancaman untuk menghapuskan perdagangan hamba pada 1873.
Arahan dari London akan bertindak agresif jika tuntutan itu ditolak.





Britain mengakui kedaulatan Zanzibar dan Kesultanannya pada
tahun 1886, setelah lama menjalin hubungan akrab antara kedua-dua negara.





Walau bagaimanapun, Jerman juga berminat di Afrika Timur, dan
kedua kuasa itu bersaing untuk mengawal hak-hak perdagangan dan wilayah di
kawasan itu.












Perang Inggeris-Zanzibar 1896



25 Agustus 1896 Konflik antara Kerajaan British dan Kesultanan
Zanzibar di Afrika timur. Ia merupakan perang paling singkat dalam sejarah
kerana konflik ini hanya berlangsung selama 38 minit.





Konflik berlaku apabila kematian pro-inggris Sultan Hamad bin
Thuwaini pada tahun 1896 dan kemudian takhta Zanzibar dinaiki oleh Sultan
Khalid bin Bargash dengan tanpa kehendak British.





British lebih menyukai Hamud Bin Muhammad sebagai pengganti
karena ia dapat membantu kepentingan British di Afrika timur.





Sesuai dengan perjanjian yang telah ditandatangani pada tahun
1886 ini telah meletakan syarat pengantian sultan perlu mendapat persetujuan
dari konsulat inggris dan Sultan Khalid Bargash tidak memenuhi syarat ini.





Maka inggris telah mengirim ultimatumkepada Khalid agar dia
menyerah dan segera meninggalkan istana.









Namun, Sultan Khalid mengabaikan ancaman tersebut, malah sebaliknya
mengumpulkan sebanyak 2,800 tentera di dalam istana untuk melindunginya.





Cukup mengejutkan, Bala tentera Khalid bersenjata lengkap,
walaupun ada beberapa senjata api dan meriam yang dihadiahkan oleh british kepada
sultan sebelumnya untuk hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.





Pada masa yang sama, British sudah mempunyai dua buah kapal
perang berlabuh di perlabuhan, HMS
Philomel dan HMS Rush, dan segera mengirim tentara untuk melindungi konsulat
inggeris dan menjaga penduduk tempatan dari kerusuhan.





Basli Cave konsul inggris di Zanzibar memohon bantuan dari kapal
perang British HMS Sparrow, yang memasuki pelabuhan pada waktu petang 25
agustus.





Walaupun Cave mempunyai senjata yang cukup di pelabuhan, Cave
tahu bahwa dia tidak ada kekuatan untuk membuka perseteruan tanpa kebenaran
kerajaan british.












Ultimatum terakhir kepada Khalid telah dikeluarkan pada 26
agustus, mendesak beliau keluar dari istana pada pukul 9 pagi pada keesokan
hari.





Pada pukul 8:00pagi keesokan harinya, satu jam sebelum tamat
tempoh ultimatum, Khalid membalas kepada Basli Cave dengan mengatakan.





‘’ Kami tidak mempunyai niat untuk menurunkan bendera
kami(menyerah), dan kami tidak percaya anda akan memulakan tembakan ke atas
kami’’





Lalu Cave menjawab dengan menyatakan bahawa dia tidak  berhasrat
untuk memulakan serangan ke atas istana jika Khalid melakukan apa yang diminta
british.





 Konflik Bermula





Itu kali terakhir Cave mendengar daripada Khalid, dan pada pukul
9 pagi arahan diberikan kepada kapal british dipelabuhan bersedia untuk
menembak istana.





Dengan hanya 2 menit konflik berlangsung, hampir kesemua
artileri milik Khalid dimusnahkan.





Struktur depan istana mula runtuh, pada masa yang sama selepas 2
memnit penembakan berlaku, Khalid melarikan diri melalui pintu belakang istana
membiarkan hamba dan tentaranya mempertahankan istana.





Pukul 9:40 pagi, serangan terhenti, bendera sultan diturunkan
dan peperangan yang paling singkat dalam sejarah secara resminya berakhir
setelah hanya 38 menit.





Peperangan singkat ini mengakibatkan 500 tentara Khalid
terkorban dan cedera, terutamanya disebabkan oleh letupan yang kuat dan
meruntuhkan sebahagian struktur istana. Hanya seorang pegawai british cedera,
yang kemudian sudah pulih di rumah sakit.





Apabila Khalid sudah dikalahkan, UK bebas meletakkan pro-british
Sultan Hamud di atas takhta Zanzibar. Beliau memerintah bagi pihak ‘Her majesty
goverment’ dalam tempo enam tahun.





Untuk Khalid, beliau berhasil melarikan diri bersama sekumpulan
kecil pengikut setia ke konsulat jerman.





Meskipun sudah dibawa pulang oleh British untuk ekstradisi
beliau, Khalid diselundupkan keluar dari negara pada 2 oktober oleh tentera
laut jerman.





British telah menyerang afrika timur pada tahun 1916, dan
akhirnya Khalid ditangkap dan kemudiannya dibawa ke Saint Helena dan hidup
dalam buangan.





Selepas ‘menjalani hukuman’, beliau kemudiannya dibolehkan
pulang ke Afrika Timur dan akhirnya meninggal dunia pada tahun 1927.








Share this

Related Posts

close