Inilah Analisa Penyebab Inflasi di Venezuela










1. Apakah itu inflasi?



Bagi yang belum memahami, inflasi merujuk kepada tingkat biaya
hidup yang kian meningkat dan diukur berdasarkan Indeks Harga Pengguna (CPi).
Berbagai inflasi berdasarkan faktor yang fleksibel merujuk kepada keadaan
tertentu. Diantaranya:





A) Kadar tarif yang berubah seperti biaya air, elektrik,
telekomunikasi, langganan siaran berbayar, sewa serta percukaian.








B)
Kenaikkan pajk penjualan yang dikenakan kepada pengguna oleh perusahaan dan perniagaan 










C) Kadar pasar tukaran mata uang asing merujuk kepada aktivitas
import dagang ke dalam negara.





 D) Wujudnya aktivitas pasaran gelap oleh berdagang seperti yang
terjadi di Venezuela yang mewujudkan krisis berantai makanan yang berpanjangan.





2. Puncak terjadinya inflasi dan efeknya
kepada ekonomi?



Merujuk kepada Bapa Ekonomi Moden, Adam Smith menyatakan bahwa
pergerakkan sebuah ekonomi haruslah bersifat bebas (laizzes-faire) tanpa
campurtangan negara. Sifat yang menggerakan aktivitas ekonomi berdasarkan
permintaan, penawaran, keseimbangan pasar serta permintaan yang berubah ubah
(elasticity) dalam kepenggunan bagi memenuhi keperluan waktu-waktu.





Namun membiarkan pasar bebas tanpa dikawal oleh negara
sebenarnya bukanlah hal yang baik. Ini karena kewujudan golongan kapitalis atau
gembong perniagaan yang mengawal pasar akan memonopolikan daya beli konsumennya.
Kita  maklumi  mengetahui peniaga itu sendiri bersifat
kapitalis, Yaitu mestilah mementingkan keuntungan perniagaan. Peniaga atau perusahaan
yang menaikkan biaya penjualan kepada konsumen untuk meraih keuntungan akan
mewujudkan kenaikkan inflasi kepada perbelanjaan. Secara tidak langsung
membebankan kemampuan perbelanjaan serta mengecilkan nilai mata uang sebuah
negara.





Di sebalik kenaikkan biaya yang berlaku, dilema yang dihadapi
oleh pemilik perniagaan pula yang menaikkan harga jualan untuk mendapatkan
semula perolehan modal berniaga, selain perlu memikirkan biaya operasi,
penggajian tenaga buruh, penyelenggaraan teknologi mesin, sewa tempat selain
membayar tanggungan hutang perniagaan.







Bagi pihak negara, inflasi yang berlaku perlu dibendung supaya
gangguan sosio ekonomi boleh dihindarkan terutama daya beli konsumen dan pengerutan
perbelanjaan rakyat. Dengan perolehan cukai korporasi dan jualan yang dikenakan
kepada perusahaan secara tidak langsung meninggikan perolehan pendapatan
negara; seterusnya disalurkan semula kutipan cukai kepada rakyat melalui
subsidi. Tujuan subsidi diadakan supaya inflasi yang wujud sebolehnya perlu
bendung. Walaupun inflasi mendefisitkan perbelanjaan rakyat, efek kepada
ekonomi sebenarnya membesarkan perolehan cukai disebabkan rakyat yang
berbelanja mengeluarkan uang menyumbang % yang tinggi kepada pendapatan negara.





3. % inflasi sentiasa berubah ubah?



 Merujuk kepada peratus semasa, inflasi negara terkini berada
paras 5.1%. Lebih tinggi berbanding bulan sebelumnya pada 4.5%. Julat pengiraan
inflasi dikira pada setiap bulan. Di bawah ada 3 jenis rajah merujuk kepada
bulanan, tahunan, serta sepanjang tahun: 





Keseluruhan pergerakkan peratus inflasi dalam tempoh setahun
(sehingga kini) :







Keseluruhan pergerakkan peratus inflasi dalam
tempoh setahun (sehingga kini) :










Data perubahan inflasi negara semenjak tahun
1976 sehingga kini:







Ketiga tiga rajah di atas menunjukkan sejak tahun 1976 sehingga
kini, penurunan kadar inflasi di Malaysia secara berkala berjaya dilakukan
melalui pengawalan ekonomi. Soalnya bagaimanakah inflasi dikira?





Indeks Harga Pengguna adalah indikator yang digunakan dalam
mengukur peratus inflasi pengguna. Untuk pemahaman bagaimanakah inflasi
terbentuk sewaktu menjalankan transaksi pembelian, boleh dilihat kenaikan
semasa harga jualan yang ditawarkan oleh syarikat peruncitan melalui pembelian
dalam satu bakul. Katakan pada tahun 2004, harga sekilo ayam daging pada kadar
Rm 4.00. Pada tahun 2014, kenaikan harga telah berlaku dan peniaga meletakkan
harga pasaran semasa kepada Rm 7.00. Secara tak langsung kenaikan harga
meningkat sebanyak 75% dalam tempoh sepuluh tahun.





Kenaikan inflasi dan perubahan harga berlaku disebabkan faktor
bermusim. Jika anda seorang yang biasa ke pasaraya membeli barangan basah
seperti ikan dan ayam, akan nampak perbezaan harga berdasarkan pasaran semasa
kerana timbangan berat menentukan harga jualan sama ada murah atau mahal.





Di sebalik penguncupan kemampuan perbelanjaan, ini tidaklah
menghalang rakyat masih berbelanja seperti biasa kerana elasticity terhadap
permintaan adalah berdasarkan keperluan isi rumah yang tidak berubah pada
setiap masa. Malahan kenaikkan inflasi sebenarnya membesarkan keuntungan
perniagaan di samping perolehan pendapatan negara juga boleh dipertingkatkan
disebabkan tahunan gaji sentiasa dinaikkan supaya membendung inflasi harga yang
ditanggung rakyat.





4. Jika inflasi boleh merangsang ekonomi,
mengapa Venezuela mempunyai masalah hyper inflation?



 Untuk pemahaman kita perlu membaca maklumat bagi mengenalpasti
inflasi tidak terkawal di sana. Antaranya:




a) Capital Flight (Dollar prevention)


b) Nilai matawang menjunam


c) Salah laku peniaga yang terlibat aktiviti pasaran gelap


d) Kekurangan sumber bekalan makanan


e) Firma besar banyak menutup operasi perniagaan kerana negara kekurangan
sumber bahan mentah seperti gandum dan gula.







5. Venezuela: Sebuah Kerajaan Chavista
berpaksi sosialis Chavismo



 Pada tahun 1998, Hugo Chavez telah memenangi pilihanraya buat
kali pertama selepas dipenjara tahun 1992 kerana mengetuai percubaan
menggulingkan kerajaan. Beliau merupakan seorang pengamal ideologi sosialis
yang menggerakkan revolusi Bolivarian dengan menggunakan kekayaan negara hasil
perolehan minyak, memberi banyak bantuan subsidi kepada golongan miskin tanpa
menaikkan pendapatan rakyat Venezuela. Dengan perolehan harga minyak pada $ 140
setong pada 2008, Chavez telah membina banyak rumah dan klinik baharu untuk
rakyatnya.





Polisi ekonomi pelik Chavez sewaktu beliau memerintah adalah
menetapkan harga bekalan makanan asas, daripada kopi sehinggalah biskut yang
mana telah banyak merugikan firma di Venezuela untuk menaikkan keuntungan.
Malahan melarang firma dan rakyat membuat transaksi dalam dollar US. Kekurangan
rezab dollar inilah punca Venezuela tidak boleh mengimport bekalan makanan yang
cukup disebabkan ketetapan harga yang diwartakan.





Outer space ekonomi Venezuela
nampak begitu cantik kerana begitu banyak kemudahan subsidi diberikan kepada
golongan miskin supaya rakyat boleh menikmati perbelanjaan murah.
Malangnya  memberikan impak negatif terhadap produktiviti perniagaan yang
mahu meningkatkan keuntungan firma tersekat akibat penetapan harga jualan
murah. Kesan penurunan keuntungan perniagaan menjadi punca sebab pemilik
peniaga membelakangkan kerajaan dengan memilih alternatif pasaran gelap untuk
mendapatkan keuntungan lebih.





Pada tahun 2013, Chavez telah meninggal dunia akibat kanser dan
digantikan Timbalan Presiden, Nicolas Maduro menerusi peralihan kuasa yang
turut dibantu oleh Fidel dan Raul Castro, pemimpin komunis dari Cuba. Pemilihan
Maduro sebagai presiden adalah memastikan jaminan subsidi minyak terhadap
negara pulau tersebut diteruskan. Selepas kematian Chavez, polisi ekonomi
terdahulu tetap diteruskan oleh Maduro dengan perkongsian kekayaan negara
melalui bantuan subsidi seperti diskaun harga rumah, kereta, pemain DVD, dan
pembakar ketuhar.





Nicolas Maduro, presiden terkini Venezuela pula bukanlah seorang
Presiden berkarisma dan pengawalan ekonomi terkini banyak berpandukan gaya
ketenteraan dalam mengawal kemarahan rakyat. Malahan kesan inflasi tinggi
menyebabkan :




1) Mengecilkan nilai matawang.




2) Mengecilkan kuasa beli rakyat.



3) Peningkatan peratus kes pembunuhan kerana krisis makanan.


4) Peningkatan jumlah pengangguran.


5) Rakyat kekurangan nutrisi makanan berkhasiat.


6) Hospital kekurangan bekalan ubat ubatan.







Tahukah anda, merujuk statistik ekonomi terkini kadar inflasi
Venezuela sudah mencecah pada paras 800% pada bulan Januari tetapi menurun
sedikit kepada 741% pada Februari. Kadar pengangguran meningkat sebanyak 0.2%
kepada 7.3% dengan jumlah terkini sebanyak 1.03 juta yang menganggur. Agak
malang bagi Venezuela yang mempunyai kekayaan melalui sumber eksport minyak,
disalurkan begitu banyak subsidi rakyat tapi tidak mampu menyelesaikan masalah
peratus inflasi terkini yang kian melambung naik.





Hyper inflation yang berterusan
sehingga kini disebabkan salah laku peniaga mengambil kesempatan terhadap
pembelian barangan subsidi kerajaan, lalu dijual kepada pembeli pada kadar 30%
dari harga asal selain menyeludup ke pasaran gelap Colombia.





Malahan penguncupan ekonomi bersebabkan ketidakyakinan pelabur
terhadap Venezuela dan banyak firma telah menutup pengoperasian syarikat.
Inflasi yang tinggi dihadapi Venezuela kini menyebabkan kuasa beli menguncup
dengan penurunan permintaan terhadap penjualan arak turun kepada 75% serta
makanan tin kacang dan jagung sebanyak 90%. Kejatuhan produktiviti domestik
kini menurun sebanyak 80%, daging 40% dan sayur sayuran sebanyak 18%.





Firma gergasi seperti Coca cola telah menggantung sementara
operasi syarikat kerana negara kekurangan sumber gula dan McDonald pula
menghentikan seketika penjualan Big Macs disebabkan kekurangan sumber gandum
untuk membuat roti.





Pendapatan negara Venezuela pula banyak bergantung sepenuhnya
kepada sumber eksport minyak yang menyumbang kekayaan sebanyak 95% yang
merupakan setengah daripada jumlah pendapatan negara. Hasil eksport minyak
inilah digunakan kerajaan Chavista untuk mensubsidikan bantuan rakyat
menyebabkan defisit akaun negara tersebut telah meningkat membuktikan kerajaan
Chavista tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh. Sejak tahun 2014, jumlah
eksport minyak telah menurun daripada 2.7 juta setong kepada 450 ribu setong
disebabkan kejatuhan harga minyak sebanyak 60%.





Begitulah serba sikit berkenaan permasalahan ekonomi Venezuela.
Terkini penolakan rakyat terhadap kerajaan Chavista kian meningkat kerana
kesengsaraan yang dihadapi oleh rakyat Venezuela. Di sana harga air jauh lebih
mahal berbanding dengan kos petrol disebabkan tingkat harga yang berlaku.
Krisis kekurangan bekalan makanan yang juga menyebabkan kesanggupan rakyat
menggeledah makanan-makanan dalam tong sampah untuk meneruskan kehidupan dan
mengalas perut. Rakyat pula terpaksa beratur berjam jam dalam sehari
semata-mata ke pasaraya bersubsidi kerajaan untuk mendapatkan bekalan makanan seminggu
sekali.





Tidak ketinggalan juga permasalahan rakyat Venezuela yang ingin
keluar berhijrah ke negara lain, beratur di imigresen untuk membuat passport.
Namun bekalan plastik laminate untuk membuat passport kini bakal
kehabisan disebabkan permintaan yang tinggi. Tidak cukup dengan itu, ada rakyat
merasuah pegawai imigresen SAIME supaya urusan membuat passport di percepatkan







Bagi pihak kerajaan pimpinan Maduro pula, beliau menuduh krisis
bekalan makanan yang berlaku adalah disebabkan komplot golongan kaya yang
bekerjasama dengan CIA dan tentera Colombia di persempadanan. Persoalannya,
apakah krisis yang berlaku bakal mengheret Venezuela yang suatu ketika dulu
merupakan negara terkaya Amerika Selatan ke kancah yang lebih teruk seperti
perang sivil atau rampasan kuasa?






Share this

Related Posts

close