Sejarah Penyebab Bangladesh Terpisah Dengan Pakistan










Selepas jatuhnya British pada tahun 1947, Bengal dipisahkan
daripada Pakistan Barat sebagai salah satu daerah wilayah tersebut dan diberi
nama sebagai Pakistan Timur. Dhaka pula dijadikan sebagai ibu negeri Pakistan
Timur. Walaupun Pakistan Timur mempunyai sumber yang mencukupi dan demografi
yang baik, namun seluruh kerajaan dan tentera Pakistan masih dikuasai oleh
sebahagian besar golongan atasan di bahagian barat.





Kerajaan Pakistan yang sebahagian besarnya dikuasai oleh
golongan atasan bahagian barat telah mengisytiharkan Bahasa Urdu sebagai bahasa
rasmi untuk seluruh Pakistan. Hal ini menyebabkan munculnya rasa tidak puas
hati dalam kalangan masyarakat di timur. Pada 21 Ogos 1952, pelajar Bengali di
Pakistan Timur telah bangkit demi bahasa ibunda mereka dan telah menentang
keputusan tersebut. Namun begitu, beberapa pelajar telah terkorban dalam
pertempuran demi bahasa ibunda mereka ketika bertempur dengan pihak polis.
Pengorbanan yang cukup bermakna oleh pelajar-pelajar tersebut diiktiraf sebagai
Hari Bahasa Ibunda Sedunia bukan sahaja di Bangladesh tetapi di seluruh dunia.





Ketidakpuasan hati terhadap pihak di bahagian barat dalam isu
kekuasaan ekonomi dan budaya membawa kemunculan Liga Awami sebagai suara
politik paling berkuasa di Pakistan Timur. Pada 7 Mac 1971, Presiden Liga Awami
dan Bapa Kebangsaan, Bangabandhu Sheikh Mujibur Rahman dalam ucapan yang penuh
bersejarah di hadapan beratus ribu orang di Suhrawardy Udyan telah menyeru agar
seluruh masyarakat di Pakistan Timur untuk melancarkan serangan menentang
tentera Pakistan dan menyiapkan persediaan untuk Perang Kemerdekaan.





Selepas berlaku banyak krisis politik dan diskriminasi
kedaerahan, Perang Kemerdekaan Bangladesh ( Muktijuddho ) pun meletus setelah
Bangabandhu Sheikh Mujibur Rahman mengisytiharkan kemerdekaan Bangladesh,
sebelum beliau ditangkap pada pagi 26 Mac 1971 oleh tentera Pakistan. Presiden
Yahya Khan dan tenteranya secara rasmi melancarkan operasi berdarah yang
dikenali sebagai Operasi Searchlight kepada orang yang berdosa di Bangladesh untuk
menghapuskan gerakan nasionalis Benggala.


Kerajaan buangan telah dibentuk oleh ketua Liga Awami, yang
secara rasmi mengangkat sumpah di Meherpur, di daerah Kustia, Bangladesh pada
17 April 1971, dengan Tajuddin Ahmad sebagai Perdana Menteri pertama dan Syed
Nazirul Islam sebagai Pemangku Presiden. Sebuah pasukan bantuan dikenali
sebagai Mukti Bahani ( Pejuang Kebebasan ) telah dibentuk dan ahli-ahlinya
berasal daripada tentera Bangladesh dan para pejuang rakyat.





Diketuai oleh M.A.G Osmani , tentera Bangladesh telah disusun
kepada 11 sektor dan, sebahagian daripada Mukti Bahini, untuk mengetuai sebuah
perang gerila secara besar-besaran menentang tentera Pakistan. Semasa perang
tersebut, seluruh dunia menyaksikan peristiwa Pembantaian Bangladesh 1971, dimana
tentera Pakistan bersama pasukan militan agama mengadakan pembunuhan berskala
besar melibatkan pembunuhan masyarakat Bengali, para intelektual,
pemuda-pemudi, para pelajar, ahli-ahli politik, para aktivis dan golongan
minoriti agama.





Di tengah-tengah pengorbanan yang tidak terkira oleh rakyat
Bangladesh, tentera Pakistan akhirnya mengalah kepada tentera gabungan
Bangladesh-India pada 16 Disember 1971. Selama 9 bulan panjangnya rakyat
Bangladesh perlu berdepan dengan Perang Kemerdekaan Bangladesh dan akhirnya
mereka memenangi perang pada hari tersebut.
































Share this

Related Posts

close