Inilah 10 Fakta Unik Negara Jepang yang Tidak Kamu Ketahui







1. Jepang merupakan antara negara paling tua di Asia dengan
monarkinya berusia sekurang-kurangnya untuk 660 SM, kira-kira sekitar zaman
budaya Melayu tertua yaitu Kedah Tua yang berusia 600 SM. Hari ulang tahun
berdirinya kemaharajaan Jepang dikenali sebagai Hari Ulang Tahun Negara pada tanggal
11 Februari. Untuk rekor, kerajaan Jepang merupakan dinasti paling panjang dan bersambungan
dalam dunia dan tidak terputus untuk sekurang-kurangnya 2000 tahun!





2.
Ekonomi negara Jepang merupakan yang ketiga terbesar di dunia, di belakang USA dan
China menjadikan Jepang raksasa di dalam bidang ekonomi. Untuk rekor, ekonomi
Malaysia merupakan yang ke-35 terbesar di dunia, Indonesia yang ke-10 besar
dunia.





3.
Jepang merupakan sebuah negara kepulauan yang terdiri daripada 6800 buah pulau
dengan 70 persen daripada bentuk muka buminya terdiri daripada pegunungan.
Walaupun sedemikian, Jepang mencatatkan populasi sehingga 127 juta orang.
Bahkan negara ini mencatatkan kedatangan imigran yang agak rendah dengan hanya
3 persen sahaja populasi Jepang terdiri daripada para immigran dan selebihnya
ialah etnik Jepang. Kota Tokyo sahaja mencatatkan populasi setinggi 13 Juta,
kira-kira hampir separuh Malaysia hari ini.





4.
Kadar baca huruf di Jepang hampir mencatatkan 100 persen manakala sampai saat ini,
Jepang sudah melahirkan lebih kurang 18 orang pemenang hadiah nobel memberian
kita gambaran betapa tingginya tahap pendidikan di negara Jepang.





5.
Terdapat empat sistem penulisan di negara Jepang iaitu sistem romanji,
katakana, hiragana dan kanji manakala satu-satunya bahasa asing yang diajarkan
dan dimandatorikan di Jepun ialah Bahasa Inggeris.





6.
Gunung paling tinggi di negara Jepang ialah Gunung Fuji yang juga merupakan
sebuah gunung berapi yang aktif. Dalam masa yang sama, pendaki gunung Everest
yang paling tua ialah dari Jepang iaitu Yuichiro Miura. Untuk rekor, beliau
berusia 70 tahun ketika tiba di puncak tertinggi di dunia dan berusia 75 tahun
ketika membuat pendakian yang kedua.





7.
Samurai dan Ninja adalah dua pahlawan yang menjadi lambang yang mengingatkan
orang pada negara Jepang seperti mana watak Hang Tuah yang sangat sinonim
dengan bangsa Melayu. Film dan anime yang dihasilkan tentang dua figur hebat
dalam sejarah Jepang banyak dihasilkan dan salah satu daripadanya iaitu The
Hidden Fotress yang berkisarkan tentang Samurai yang dihasilkan pada tahun 1958
telah menjadi inspirasi untuk penghasilan filem Star Wars oleh George Lucas.





8.
Kadar bunuh diri di Jepang mencatatkan negara ini di tangga yang ke-17 paling
tinggi. Namun, kadar kasus pembunuhan yang berlaku pula menunjukkan sebaliknya
iaitu negara kedua paling rendah di dunia pada tahun 2012 meski negara ini
terkenal dengan kewujudan sebuah organisasi gelap ala-ala mafia iaitu Yakuza.
Untuk rekor, negara Malaysia menduduki di tangga ke-132 dunia daripada 191
negara untuk rekor kasus pembunuhan di dunia.





9.
Jepang mencatatkan sekurang-kurangnya 1500 buah gempa bumi setiap tahun. Gempa
bumi terakhir yang berskala besar yang melanda Jepang ialah 14 dan 16 April
2016 pada skala 7.0 dan 6.2 Skala Ritcher di sekitar Kumamaoto manakala Gempa
Bumi terkuat yang melanda Jepang ialah pada tahun 2011 di Tohoku pada skala 9.0
skala ritcher, mencatatkan antara 5 gempa bumi yang terkuat pernah berlaku
dalam sejarah dunia.





10.
Statistik penghasilan animasi dari seluruh dunia, 60 persen dikatakan
dihasilkan di Jepang. Sudah tentu kebanyakan animasi tersebut pastinya Anime
yang menjadi budaya dari Jepang yang telah tersebar ke penjuru dunia. Apa yang
menariknya tentang anime ini, dikatakan untuk memenuhi permintaan, terdapat
lebih kurang 130 buah sekolah yang menumpukan melatih pelakon suara untuk seri anime
yang dihasilkan oleh Jepang.








Share this

Related Posts

close