DINASTI MAULI DARI KERAJAAN SRIWIJAYA










Amdan
Nagara dan Bija Nagara, dua buah negarakota yang disebut dalam Sulalatus
Salatin. Dalam SS versi Raja Bongsu dikatakan Raja Suran daripada Benua Keling,
Nagapatnam namanya. Sebelum ini, saya pernah menyatakan pendapat tentang
Nagapatnam, tanah yang dipajakkan oleh Raja Chola kepada Raja Melayu
Syulamanivarman (Chudamanivarman) dan anaknya Mara Vijaya Tungga Varman.




Kemudian,
setelah polisi Kerajaan China bertukar daripada perdagangan berpusat kepada
perdagangan bebas. Jadi, banyak Negara kota-negara kota yang membebaskan diri
daripada Sriwijaya dan membuat hubungan tersendiri dengan Negara China. Namun,
'House of Sriwijaya' tidak menyerah. Muncullah Dinasti Mauli yang menjadi
penakluk agung 15 buah Negara kota-negara kota yang membebaskan diri daripada
Sriwijaya, lalu muncullah Dharmasraya sebagai penerus Sriwijaya. Dharmasraya
juga sering dikenali sebagai Bhumi Malayu,  yang terpahat di Patung Amoghapasa, Prasasti
Jaya Himat, Gerakan Pamalayu dan kewujudan Malayupura.





Bisa
jadi seperti yang telah terpahat dalam sejarah melayu versi Raja Bongsu
berkenaan Raja Culan. Raja Culan kemungkinan adalah Adwaya Varman yang digelar
dewa oleh Raden Wijaya, lantas dia dikawinkan dengan Dara Jingga atau Bunda
Kandung (Dari Rahim wanita inilah muncul Raja-Raja Melayu seterusnya). Sewaktu
Dinasti Mauli memerintah dari Grahi, Semenanjung Tanah Melayu, Sumatera dan
Kepulauan Riau, Kerajaan Melayu ini diserang oleh kerajaan Singhosari untuk
menangkis serangan Mongol. Mungkin lebih kepada Persaudaraan Bumi Melayu dan
Bumi Jawa dengan munculnya prasasti Padang Roco dan Patung Amoghapasa yang
menyatakan hadiah dari bumi jawa kepada bumi melayu.





Adyawa
Varman dikatakan sebagai Dewa oleh Pararaton. Namanya muncul di dalam prasasti
Kuburajo, sebagai bapak kepada Adityawarman. Mungkin Raja Culan, pewaris
daripada Raja Suran (Chudamani Varman) yang ditepikan oleh Kerajaan Dharmasraya
lalu diambil oleh Raden Wijaya menjadi panglima perang, mungkin adalah benih
Ratu Sriwijaya yang berkawin dengan Raja Kerajaan Jawa, karena dikatakan anak
Raja Suran yang bernama Cendana Wasis berkawin dengan Raja Suran Fad Syah, Raja
Amdan Negara. Mungkin Amdan Negara yang tertulis dalam SS adalah Kerajaan
Sailendra yang berpusat di Pulau Jawa.





Kemudian,
diceritakan Raja Culan mau menaklukan Negara China, tetapi tidak jadi karena
kebijaksanaan Raja China menghantarkan Kapal usang yang dipenuhi dengan
orang-orang tua dan pokok yang telah besar, konon perjalanan ke China mengambil
waktu berpuluh-puluh tahun. Kisah sebenar, Dinasti Yuan mau menyerang Singhasari,
selepas Champa berhasil dijadikan negara bawahan yang membayar upeti. Kemudian,
Negara kota-negara kota melayu yang telah bebas diri dari Dharmasraya ketika
itu tunduk kepada kuasa Yuan. Ini menyebabkan, Kertanegara menghantar Patih
Gajah Mada, Raden Wijaya dan Adyawa Varman dan seluruh ketumbukannya ke
Negarakota-negarakota melayu untuk mengumpulkan kekuatan bagi menentang Mongol.





Semasa
ekspedisi Pamalayu, Jayakatwang dari Kediri berhasil memberontak dan membunuh
Kertanegara. Raden Wijaya dan Gajah Mada yang pulang dari ekspedisi Pamalayu mau
membalas dendam tetapi tidak mau mengambil risiko, baginda membuat kerajaan
Majapahit, lalu bekerjasama dengan Mongol menghukum Jayakatwang. Kemudian, Raden
Wijaya mengusir pula Mongol dari Nusantara. Dara Petak berkahwin dengan Raden
Wijaya melahirkan generasi Raja-raja Majapahit dan warisannya Kesultanan Demak.





Dara
Jingga pula berkahwin dengan Adyawa Varman melahirkan tiga orang putra. Mungkin
melalui penceritaan, Puteri Mahtabul Bahri ialah Dara Jingga dan Raja Culan
yang menaklukan kembali negarakota-negarakota melayu daripada pengaruh Mongol
adalah Adyawa Varman yang dipanggil Dewa oleh Raden Wijaya. Oleh itu, mungkin
Adyawa Varman itu ialah Raja Sailendra yang berpusat di Jawa Tengah, tetapi masuk
dalam kerajaan Singhasari setelah kemerosotan Wangsa Sailendra. Lalu
Adityawarman mewujudkan Malayupura di Siguntur, Di Sungai Batanghari dan
akhirnya berpindah ke Pagarayung dan tidak puas hati dengan Majapahit, dan mau
bebas daripada Majapahit.





Hipotesis
daripada Sejarah Melayu, Adyawa Varman (Raja Culan) membuka Bija Nagara, yang
terletak di Muara Jambi, yang dikelilingi oleh Banjaran Barisan. pengaruhnya
meliputi seluruh Pulau Sumatera Timur, Barat dan Utara, mengikut wilayah dari
zaman Dharmasraya yang diwariskan oleh Mertuanya, Tribhuana Mauli Dewa. Tasik
yang luas itu adalah Danau Toba dengan Pulau dan banjaran yang tinggi, senantiasa
nampak berkabut. Lalu, Adityawarman yang lahir dalam istana Majapahit sewaktu Dara
Jingga masih di sana, menjadi Duta besar Majapahit di China, mengetuai
Ekspedisi Pabali, tidak puas hati dengan Raja Majapahit, lalu mewujudkan
Malayupura, berdasarkan kebangaan Datuknya, Raja Melayu Dharmasraya yang sering
digelar Bhumi Malayu.





Adiknya
yang berada di Jambi, telah diundang ke Palembang untuk menjadi raja di sana oleh
Demang Daun Lebar dan dikawinkan dengan anak Demang Daun Lebar, Wan Sendari.
Lalu baginda digelar Seri Teri Buana. Terjadilah tabrakan kuasa dengan
Majapahit setelah wibawa Raja Seri Teri Buana ini lalu membuat Persekutuan baru
merangkumi Bintan, Tanjungpura dan Palembang. Adityawarman d beri igelar Sang
Sapurba dan menjadi Pemulai Kerajaan Minangkabau-Pagarayung setelah menang
berlawan Kerbau dengan wakil Majapahit. Di Tanjungpura, adik Seri Teri Buana
yang paling Bungsu iaitu Nila Tanam dirajakan di Tanjungpura dan membebaskan
diri dari pengaruh Majapahit, lalu menjadi pemulai kepada kerajaan Banjar,
setelah berkawin dengan Puteri Raja Kutai Kertanegara. Dara Jingga digelar Ibu
Kanduang atau Ibu Kandung, mungkin sebab beliau lah ibu dari segala raja-raja
melayu.




Share this

Related Posts

close