Ekspedisi Pamalayu Kerajaan Singasari















Pamalayu ialah nama sebuah ekspedisi ketenteraan yang
dijalankan oleh Kerajaan Singhasari yang berpusat di Pulau Jawa,untuk
menundukkan Kerajaan Malayu Dharmasraya di Jambi pada masa itu.Ekspedisi ini
telah dimulakan oleh Raja Kertanegara pada tahun 1275.Ekspedisi Pamalayu ini
merupakan salah satu peristiwa yang membuktikan persaudaraan antara etnik
Melayu dan Jawa yang selalu dipandang sebagai hubungan adik beradik yang buruk
dalam sejarahnya.









Etnik Melayu dan Jawa kedua duanya berasal dari rumpun
Malayo-Polinesian yang mendiami Kepulauan Melayu ini.Etnik Melayu kebanyakan
mendiami Sumatera,Semenanjung Tanah Melayu dan sebahagian besar Pulau
Borneo.Manakala etnik Jawa pula banyak tinggal di Pulau Jawa,dan ada juga
komuniti etnik Jawa yang tinggal di Semenanjung Tanah Melayu,Sumatera dan
Surinam di Amerika Selatan(dibawa sebagai pekerja ketika era kolonial dahulu)









Setelah sekian lamannya,perhubungan etnik Jawa dan
Melayu diprasangka buruk oleh sesetengah ahli sejarahwan.Banyak pandangan
skeptikal diberi kepada kedua dua etnik ini,yang kononnya dianggap saling
bermusuhan antara satu sama lain.Tambahan pula,di zaman moden ini,pasang surut
hubungan antara Malaysia dan Indonesia kini seringkali dianggap sebagai
"kesinambungan semula pertelingkahan Jawa-Melayu",memandangkan pusat
pemerintahan Indonesia terletak di Pulau Jawa manakala pemerintahan Malaysia
berpusat di Semenanjung Malaysia kini.









Bagi saya,ini adalah pandangan yang sempit lagikan
jumud.Etnik Jawa dan Melayu sejak dari dahulu lagi hidup dengan saling
bergantung antara satu sama lain.kedua dua etnik ini walaupun mempunyai
budaya,bahasa dan adat kepercayaan yang tampak berbeza,namun hubung kait antara
mereka sebenarnya sangat rapat dan saling bergantung antara satu sama
lain.Kedua dua mereka mempunyai persamaan genetik dan menjadi etnik yang
dominan di Kepulauan Melayu ini.









Etnik Jawa dan Melayu sebenarnya saling bergantungan
antara satu sama lain,walaupun saling bertelingkah
dan"bertengkar".Ini adalah biasa kerana hubungan antara Jawa dan
Melayu seperti adik dan abang,sama seperti kita dan adik beradik kita yang lain
di rumah.Kadang-kadang perkara kecil pun sampai tidak berpuas hati dan bergaduh
dengan adik beradik kita.Namun bak kata pepatah,carik carik bulu ayam lama lama
bertemu jua. Begitulah perumpamaan yang diberi oleh saya terhadap hubungan
etnik Jawa dan Melayu ini.Huhuhuhu...









Melalui peristiwa penghantaran ekspedisi Pamalayu
inilah,kita dapat lihat sebenarnya kedua dua etnik ini saling bergantungan
antara satu sama lain. Kisahnya bermula apabila. Orang Mongol,dari tanah mereka
di Asia Tengah berjaya membina sebuah empayar daratan yang terbesar di dunia,di
bawah ketua mereka,Genghis Khan.Orang Mongol yang terkenal dengan keganasan dan
kekejaman mereka,berjaya membumihanguskan pusat kerajaan Islam di Baghdad
seterusnya menyebabkan kecemerlangan tamadun Islam di Timur Tengah mula
merosot.Tentera berkuda Mongol terus mengganas sehingga ke benua Eropah,di mana
banyak kerajaan di sana hangus dimusnahkan oleh mereka.









Empayar Mongol ketika itu menguasai sebahagian besar
daratan dunia dan dianggap sebagai empayar besar yang tidak terkalahkan pada
masa itu. Orang Mongol juga mara ke China dan menakluknya,sehingga membawa
kepada kejatuhan Dinasti Song yang memerintah China pada masa itu. Pada tahun
1260,Kublai Khan,cucu Genghis Khan mengistiharkan dirinya sebagai maharaja
China setelah berjaya mengalahkan tentera Dinasti Song di Khanbaliq(kini lebih
dikenali sebagai Beijing),dan dinasti baru dari keturunan Mongol memerintah
China dengan nama Dinasti Yuan.









Kublai Khan kemudiannya mengarahkan kerajaan-kerajaan
bawah angin supaya menghantar ufti dan tunduk terus kepada China,di bawah
Dinasti Yuan.Oleh itu,beliau menghantar utusan ke negeri negeri
tersebut.Sekiranya tuntutan itu ditolak,maka bersedialah untuk diserang
negerinya. Pada tahun 1269,utusan Kublai Khan,bernama Meng-Ki tiba di kota
Singhasari untuk berjumpa dengan Kertanegara untuk menyampaikan hasrat tuannya
itu.Kerajaan Singhasari terletak di Jawa Timur dan antara kerajaan terkuat di
Kepulauan Melayu pada masa itu,selepas kemerosotan Sriwijaya.









Kertanegara murka apabila mendengar tuntutan Kublai
Khan itu.Baginda menolak dengan keras tuntutan itu.Bukan itu sahaja,malahan
Meng-Ki juga dipotong hidung dan telinganya.Dahinya ditekap perkataan TIDAK
dengan besi panas.Utusan tersebut pulang ke China menghadap maharajanya. Tindakan
Kertanegara mencetuskan kemurkaanya. Kertanegara yang sudah lama mengetahui
ancaman yang bakal menimpanya,telah mengerakkan tenteranya untuk menakluk Pulau
Madura dan Nusa Tenggara.Untuk bersedia menghadapi ancaman Mongol,baginda mesti
menyatukan wilayah wilayah di Kepulauan Melayu di bawah pemerintahannya.









Pada tahun 1275,dengan beratus ratus kapal
laut,baginda melancarkan Ekspedisi Pamalayu,di bawah pimpinan ketua turus
angkatan tentera lautnya,Kebo Anabrang. Misi ekspedisi ini ialah untuk
menundukkan Kerajaan Malayu Dharmasraya,satu lagi kerajaan kuat di Asia
Tenggara pada masa itu.Kerajaan Malayu Dharmasraya merupakan sebuah kerajaan
Melayu yang terletak di wilayah Jambi di pulau Sumatera.Kerajaan ini mengawal
jalan perdagangan maritim di Selat Melaka selepas kemerosotan Empayar
Sriwijaya.









Di bawah Srimat Trailokyaraja,orang Melayu berjaya
menguasai semula jalan perdagangan maritim di Selat Melaka selepas kemerosotan
Sriwijaya.Kerajaan Malayu dikatakan menguasai selatan Sumatera dan Semenanjung
Melayu.Kerajaan Malayu pada masa itu dikuasai oleh raja raja dari Dinasti
Wangsa Mauli.
Peristiwa pengiriman Ekspedisi Pamalayu ini tercatat
kemas dalam sumber sejarah utama orang Jawa iatu Pararaton dan Negarakretagama.







Tujuan pengiriman ekspedisi Pamalayu yang sebenarnya
ialah :


 



1.Mengukuhkan kekuasaan Singhasari ke pulau-pulau lain
di luar Pulau Jawa.






2.Membendung serangan besar besaran dari tentera
Mongol






3.Menyatukan kekuatan kerajaan kerajaan di Kepulauan Melayu di bawah satu panji
untuk menghadapi ancaman Mongol.









Pada tahun 1277,ekspedisi Pamalayu berjaya menundukkan
Kerajaan Malayu dengan baik tanpa sebarang pertumpahan darah,walaupun raja
Malayu menentang kemasukan armada Singhasari ke negerinya. Kerajaan Malayu
akhirnya menjadi negeri bawahan Singhasari.Jajahan Singhasari meluas sehingga
ke Semenanjung Melayu dan selatan Borneo.Singhasari berjaya menguasai
perdagangan maritim utama di Selat Melaka. Kertanegara berjaya menguatkan
tenteranya yang terdiri dari kerajaan kerajaan di sekitar Kepulauan Melayu
untuk menghadapi ancaman Mongol nanti.











Ketika Champa,satu lagi kerajaan rumpun
Malayo-Polinesian di tanah besar,bergelut menghadapi serangan demi serangan
tentera Mongol dari utara pada tahun 1285,kerajaan Singhasari mengirimkan
hadiah persahabatan kepada kerajaan Malayu yang telah menjadi negeri
bawahannya.









Pada tahun 1286,Kertanegara telah mengirimkan sebuah
arca keagamaan Amogaphasa kepada raja Malayu,iatu Srimat Tribhuwanaraja Mauli
untuk ditempatkan di Dharmasraya.Pada pelapik bawah arca itu,terdapat satu
inskripsi yang diukir yang menyebut mengenai tujuan pengiriman arca ini.









Dalam inskripsi ini,Kertanegara membahaskan dirinya
sebagai Maharajadhiraja yang mengrimkan hadiah kepada Maharaja Tribhunawaraja
Malayu.Jika dilihat dari gelaran yang dipakai,Kertanegara meletakkan dirinya
lebih tinggi dari pemerintah Malayu,memandangkan Malayu telah menjadi negeri
bawahan Singhasari sahaja.









Inskripsi ini menjadi rujukan utama sejarahwan
Indonesia,dan kini dikenali sebagai inskripsi Padang Roco. Sebagai
balasannya,Raja Tribhunawaraja mengurniakan dua orang puterinya kepada Kerajaan
Singhasari.Dua orang puterinya terkenal dengan nama Dara Jingga dan Dara Petak.









Dara Jingga kemudiannya berkahwin dengan Kebo
Anabrang,ketua turus tentera dalam Ekspedisi Pamalayu tadi,manakala Dara Petak
berkahwin dengan Nararya Sanggramawijaya,menantu Kertanegara. Ekspedisi
Pamalayu berakhir pada tahun 1293. Kertanegara sememangnya berpandangan jauh dan
bercita cita tinggi.Cita citanya untuk menakluk kerajaan Malayu,untuk
menggalang kekuatan Nusantara untuk menghadang ancaman Mongol sememangnya patut
dipuji.Kertanegara,seorang raja Jawa juga turut memohon bantuan dari kerajaan
Melayu,yang tak lain tak bukan juga merupakan saudara jauh mereka juga.









Namun,sayang seribu kali sayang,penyatuan ini
sememangnya tidak berjaya mengekang ancaman Mongol.Kertanegara akhirnya dibunuh
oleh Jayakatwang,putera negeri Kediri yang menjadi negeri bawahan
Singhasari.Pada tahun 1291,tentera Mongol berjaya memasuki Pulau Jawa dengan
pertolongan Jayakatwang.Jayakatwang akhirnya melanggar Singhasari bersama
tentera Mongol pada taun 1292 dan membunuh Kertanegara dalam satu upacara
keagamaan Tantrik. Singhasari akhirnya jatuh ke tangan Jayakatwang pada tahun
1293.Segala perancangan mega Kertanegara untuk menyekat ancaman Mongol,hancur
luluh begitu sahaja akibat perbuatan orang dalam yang berbuat khianat.Dari
situ,kita boleh mendapat pengajaran bahawa setinggi manapun keagungan
pencapaian sesebuah negara itu, ianya boleh musnah dengan hanya melalui
pengkhianatan orang dalam sahaja.









Salah seorang kerabat Kertanegara yang terselamat
ialah menantunya sendiri,Nararya Sanggramawijaya atau lebih dikenali sebagai
Raden Wijaya. Dengan strategi,kebijaksanaan,kelicikan dan kerjasama dari kaum
kerabatnya,Raden Wijaya berjaya menghapuskan pemberontakan Jayakatwang
seterusnya mengusir tentera Mongol dari Pulau Jawa. Setelah keadaan aman,Raden
Wijaya meneruskan legasi Singhasari dengan menubuhkan sebuah kerajaan di satu
penempatan yang dikenali dengan nama Majapahit.









Majapahit meneruskan legasi Singhasari sebagai kuasa
besar di Kepulauan Melayu sekitar abad ke 13,sehingga munculnya Melaka. Perkahwinan
Raden Wijaya dan puteri Dara Petak akhirnya melahirkan zuriat raja Majapahit. Demikian
penerangan ringkas saya mengenai ekspedisi Pamalayu,yang bagi saya antara titik
mulanya pertembungan antara tamadun Melayu dan Jawa di Nusantara ini.

 







Share this

Related Posts

close