KISAH LELAKI YANG TERSELAMAT DARI SERANGAN BOM ATOM













Peristiwa pengeboman Hiroshima dan Nagasaki di Jepun
72 tahun lalu masih terpahat di ingatan ramai, terutama kalangan mereka
yang turut terkesan dari serangan tersebut. Beliau mungkin lelaki bertuah pada
masa itu. Mana tidaknya, beliau terselamat dari serangan bom atom Tentera Udara
Amerika Syarikat, bukan sekali tetapi dua kali!











Pada pagi 6 Ogos 1945, Tsutomu Yamaguchi (1916-2010)
seorang jurutera tentera laut bersiap untuk pulang ke rumahnya di Nagasaki
setelah selesai trip bisnis tiga bulan bersama majikannya dari syarikat
Mitsubishi Heavy Industries di bandar Hiroshima. Yamaguchi dan rakan-rakannya
telah menghabiskan masa bekerja berjam-jam mereka bentuk sebuah kapal tangki
minyak, dan beliau tidak sabar untuk pulang kepada isterinya, Hisako dan anak
mereka, Katsutoshi.



















Sekitar jam 8:15 pagi, Yamaguchi sedang berjalan ke
limbungan kapal Mitsubishi dan tiba-tiba terdengar bunyi degungan, beliau
mendongak ke langit dan melihat sebuah pesawat pengebom Amerika Syarikat B-29
‘Enola Gay’ sedang menjatuhkan objek kecil yang bersambungan dengan payung
terjun. Objek kecil itu adalah bom atom yang bergelar 'Little Boy’’.













Sebelum terjadi ledakan, Yamaguchi sempat
menyelamatkan dirinya dengan terjun ke dalam longkang. Selepas itu, Yamaguchi
merasakan langit seperti membelah, telinganya berdesing, cahaya letupan
menerangi kawasan bandar Hiroshima. Oleh kerana gelombang kejutan yang kuat,
Yamaguchi telah ditarik seperti angin dan melambung tinggi di udara sebelum
jatuh ke tanah.











Pengeboman itu menjadikan bandar Hiroshima mengalami
keadaan panas melampau sehingga mampu mencairkan besi dan merosakkan segalanya.
Dianggarkan telah meragut nyawa kira-kira 70,000 orang akibat kesan serta-merta
peletupan itu.













Dalam keadaan kesakitan dan kebingungan, Yamaguchi
tetap terus berjalan ke arah limbungan Mitsubishi dan mendapati rakannya Akira
Iwanaga dan Kuniyoshi Seto terselamat dari letupan bom atom. Selepas
menghabiskan malam yang membuatkan mereka pasti tidak tidur lena di tempat
perlindungan ‘air raid’.













Pagi itu Yamaguchi bangun dan meneruskan perjalanan
mereka ke stesen kereta api yang dikatakan masih beroperasi. Perjalanan
mengambil masa mereka melalui pemandangan seolah mimpi buruk, melihat bangunan
musnah, mayat hangus dan cair di jalanan, jambatan runtuh. Setelah Yamaguchi
kembali kepada isteri dan anaknya, seluruh dunia mengalihkan perhatian ke
Hiroshima. Yamaguchi tiba di Nagasaki pada awal pagi 8 Ogos dan dibawa ke
hospital. Walaupun masih dalam keadaan sakit, Yamaguchi mengheret dirinya dari
tidur pada pagi 9 Ogos dan dilaporkan tiba di pejabat Mitsubishi Nagasaki.
Sekitar 11:00 pagi, Beliau mendapati dirinya dalam pertemuan dengan seorang
pengarah syarikat yang meminta laporan penuh mengenai Hiroshima.













Orang atasan menuduhnya gila, dan bertanya bagaimana
bom boleh memusnahkan seluruh bandar? Yamaguchi cuba untuk menjelaskan apa yang
terjadi di Hiroshima. Tiba-tiba pemandangan luar bangunan kelihatan bercahaya
terang dan bunyi letupan. Sekali lagi Yamaguchi sempat jatuh ke lantai hanya
beberapa saat sebelum gelombang kejutan yang mengakibatkan seluruh tingkap
bangunan pecah.













Bom atom yang bergelar ‘Fat Man’ menimpa Nagasaki
lebih dasyat daripada yang digugurkan di Hiroshima. Dianggarkan di Nagasaki,
kira-kira 40,000 hingga 75,000 orang terkorban serta-merta. Pembalut kepala
beliau telah diterbangkan, dan dia telah dilanda satu lagi lonjakan radiasi
yang menyebabkan kanser. Kecederaan yang dialaminya tidak terlalu teruk.
Selepas melarikan diri dari bangunan Mitsubishi yang separuh musnah. Yamaguchi
bergegas pulang ke rumah memeriksa isteri dan anaknya dan apa yang membuatkan
dia risau ialah melihat sebahagian dari rumahnya musnah takut apa-apa yang
buruk berlaku pada isteri dan anaknya, tidak lama kemudian beliau mendapati isteri
dan anaknya hanya cedera ringan.













Pada hari berikutnya, akibat kesan radiasi rambut
Yamaguchi gugur, luka-luka ditangan bernanah dan mula muntah tidak henti-henti.
Beliau masih ditahan di tempat perlindungan bersama keluarganya pada 15 ogos,
apabila Maharaja Jepun Hirohito mengumumkan Jepun menyerah kalah melalui siaran
radio.













Tidak seperti mangsa yang terkena kesan radiasi yang
lain, Yamaguchi perlahan-lahan pulih dan menjalani kehidupan seperti biasa. Walaupun
ada yang mengatakan bahawa 165 orang mengalami nasib yang sama seperti
Yamaguchi. Namun, Hanya Yamaguchi sahaja yang diiktiraf secara rasmi oleh
kerajaan Jepun sebagai ‘’ “nijyuu hibakusha,” atau “twice-bombed person.”



Share this

Related Posts

close