Kisah Kekalahan Mongol Melawan Kerajaan Majapahit di Tanah Jawa








Kali
ini kita belajar pula bagaimana Raden Wijaya memainkan peranannya dalam sejarah
di Nusantara ini, dan bagaimana liciknya Raden Wijaya berjaya
menumbangkan bala Monggol yang sedang menghampiri Pulau Jawa untuk membalas
dendam ke atas apa yang dilakukan pada utusannya. Kalau sesiapa yang belum
mengetahui tentang kisah ini, sukanya saya mulakan dengan kisah bagaimana
Monggol yang melalui Dinasti Yuan dan Kublai Khan mengutuskan utusan kepada
ayahnya Raden Wijaya dan mengarahkan supaya kerajaan yang diperintah oleh
ayahnya Raden Wijaya iaitu Kertanegara untuk tunduk pada kekuasaan Dinasti Yuan
Monggol yang ketika itu sudahpun menjajah seluruh China.





Namun,
seluruh dunia gempar ketika itu apabila perintah Yuan pada Singhasari dibalas
dengan tuba. Telinga si utusan tadi yang bernama Meng Ki telah dipotong
telinga. 1289 Masihi ialah detik yang menyaksikan bagaimana konflik bakal bermula
antara orang-orang Jawa dan juga Monggol. Dan Singhasari antara
kerajaan-kerajaan di dunia yang memilih untuk mendongak dan tidak mahu jadi
bangsa murahan di bawah penguasaan Monggol. Singhasari mengikut sejak sebuah
kerajaan Melayu yang lain seperti Champa yang memilih untuk melawan Monggol,
begitu juga dengan Jepun dan Burma.





Maka
pastinya khabar berita itu membuatkan Kublai Khan tidak senang duduk. Dia pun
menyediakan armada-armada askar yang dia fikir bakal meranapkan dan membumi
hanguskan Pulau Jawa macam yang selalu dilakukan oleh sepupu dan adik beradik
serta nenek moyangnya dulu.





Kertanegara
pula sudah mengjangkakan bahawa serangan daripada Monggol itu akan datang ke
atas kerajaannya. Maka, untuk menghalang serangan daripada Kublai Khan, maka
Kertanegara pun memasang impian untuk menjajah beberapa tempat strategik di
Nusantara ini yang bakal digunakannya untuk memantau penggerakan bala Monggol
dari China yang dihantar oleh Kublai Khan nanti.Antara yang menjadi mangsa
ialah Pahang dan Borneo.





Manakala
kerajaan-kerajaan dan raja-raja Melayu di Sumatera pula ditundukkan dengan
pelbagai cara dan antaranya ialah mengambil anak perempuan mereka untuk
diperisterikan sambil menggerakkan bala askar. Ini adalah penting untuk
strategi Kertanegara nanti kerana dia perlu memastikan tiada seorang pun
raja-raja di Nusantara yang akan berpaling pada bala Monggol nanti. Kertanegara
juga mengahwinkan anak perempuannya dengan putera kerajaan Melayu Champa yang
sememangnya dicatat dalam sejarah Nusantara pernah bermusuhan dengan Kublai
Khan dan Dinasti Yuan Monggol.





Namun,
siapa tahu bahawa hayat Kertanegara tidaklah lama apabila sebuah pemberontakan
yang digerakkan oleh Jayakatwang, iaitu sepupunya sendiri telah meragut nyawa
Kertanegara. Ketika Kertanegara menggerakkan askarnya ke Tanah Melayu untuk
menanti kedatangan Monggol, maka Jayakatwang telah mengumpulkan askarnya untuk
menyerang istana Singahasari yang agak kurang kekuatan militarinya.





Ini
membuatkan Singahasari digulingkan oleh Jayakatwang dan kerajaan Kendiri yang
digulingkan oleh Singahasari ketika itu berdiri untuk seketika di Pulau Jawa.





Namun,
apa yang terjadi pada raja Kertanegara amatlah didendami oleh salah seorang
anak saudaranya yang bernama Raden Wijaya. Tetapi Raden Wijaya ialah seorang
panglima perang yang sangat bijaksana. Dia tidak membiarkan dendamnya itu
mengambil alih dirinya secara terburu-buru sebaliknya dia merancang beberapa
helah yang selepas ini akan dikenang sebagai antara strategi peperangan paling
licik dalam sejarah Nusantara.





Untuk
membeli kepercayaan Jayakatwang, maka Raden Wijaya pun berpura-pura untuk
mendapatkan keampunan Jayakatwang. Jayakatwang yang memerlukan taat setia Raden
Wijaya demi mendapatkan pengikut yang banyak di Pulau Jawa bersetuju untuk
menerima keampunan Raden Wijaya. Tetapi hakikatnya Raden Wijaya bukanlah mahu
terus berkhidmat di bawah Jayakatwang sebaliknya dia sedang menunggu bala
Monggol datang ke Pulau Jawa.





Dalam masa yang sama, Raden Wijaya turut berpakat dengan Arya
Wiraraja yang merupakan gabenor Sumenep. Pelbagai janji yang manis-manis
ditaburkan pada Arya Wiraraja demi membeli kepercayaan. Maka Arya Wirarajalah
yang menyampaikan pada Jayakatwang yang Raden Wijaya mahu menyerah kalah.
Dicatatkan lagi bahawa ketika Raden Wijaya menyatakan penyerahannya, dia
meminta Hutan Tarik untuk dijadikan tempat pemburuan dan Raden Wijaya
mengatakan dia mahu menghabiskan hidupnya di situ.





Tanpa
rasa curiga, Jayakatwang pun mengabulkan permintaan Raden Wijaya ini. Ketika
itu, Arya Wiraraja pun mengirimkan orang-orangnya untuk membantu Raden Wijaya.
Ketika inilah legenda bagaimana kerajaan bernama Majapahit berdiri. Hutan
tersebut dikatakan terdapat banyak buah Maja yang sememangnya berasa pahit.
Raden Wijaya pula membuka penempatan pertamanya di situ. Maka, dari situ nama
Majapahit pun berasal.





Dicatatkan
bahawa bala Monggol datang dengan dipimpin oleh tiga orang jeneral perang yang
bernama Shih Pi (Monggol), Ike Mese (Ughyur) dan juga Kan Hsing (Cina). Jeneral
perang ini memimpin 20 000 orang askar berserta dengan 100 buah kapal dengan
bekalan makanan yang mencukupi untuk dimakan untuk setahun dan tidak lupa juga
pada 40, 000 longgok wang perak untuk dirasuah nanti pada pegawal-pegawal dan
askar Jawa agar berpaling tadah.





Mendengarkan
kedatangan bala askar yang dari China itu, maka Raden Wijaya pun meyiapkan
taktik untuk membeli kepercayaan bala askar Monggol itu. Maka dihantarnya
perdana menteri kepercayaannya berserta 14 orang pembesar untuk memujuk bala
Monggol itu.





Raden
Wijaya menjanjikan pada mereka sekiranya Jayakatwang berjaya ditundukkan dan
Kediri dijatuhkan, maka kata Raden Wijaya gadis-gadis dan puteri Jawa yang
cantik-cantik itu akan menjadi santapan nafsu mereka.





Mendengarkan
tawaran yang boleh diibaratkan seperti Orang Mengantuk Disorong Bantal, maka
askar Monggol pun menerima tawaran Raden Wijaya yang konon-kononnya menyebelahi
puak Monggol.





Maka
direkodkan dalam sejarah bahawa Jayakatwang menyediakan 100 000 orang askar
untuk berdepan dengan bala Monggol yang dipimpin oleh tiga orang jeneral
berbilang bangsa ini. Diceritakan bahawa Raden Wijaya menyerahkan sebuah peta
tentang negeri bernama Kalang yang dibawah pemerintahan Jayakatwang. Dan dalam
perang ini, Jayakatwang telah kalah perang dan Monggol berjaya memenangi perang
walau askar yang dibawa oleh Jayakatwang berjumlah 100 000 orang banyaknya.





Maka
untuk meraihkan kemenangan itu, sebuah pesta dibuat oleh tentera-tentera
Monggol dari Dinasti Yuan. Dan dalam masa yang sama, askar Monggol tadi meminta
janji yang ditawarkan oleh Raden Wijaya tadi seandainya berjaya menang perang
ke atas Jayakatwang. Pesta itu dibuat di negeri Raden Wijaya yang dinamakan
Majapahit itu. Bahkan Raden Wijaya sendiri yang menjamu askar-askar Monggol
itu. Maka disinilah helah ketiga Raden Wijaya berjalan.





Raden
Wijaya ketika itu meminta izin untuk kembali ke kota istananya untuk
menyediakan persembahan untuk tentera-tentera Monggol. Perawan-perawan Jawa
yang sangat jelita seperti mana yang dijanjikan. Oleh kerana layanan baik yang
diberikan oleh Raden Wijaya pada mereka, maka mereka pun tidak memasang syak
wasangka.





Lalu
diceritakan ketika askar-askar Monggol yang dikirimkan untuk mengiringi Raden
Wijaya masuk ke dalam kota, maka mereka dihujanji dengan serangan mengejut.
Maka ketika itu, Raden Wijaya terus memacu kuda lalu memimpin bala askarnya
menyerang bala Monggol yang sedang kusyuk berpesta dengan arak-arak dan makanan
serta tarian itu. Sejarah mencatatkan serangan Raden Wijaya pada malam itu
mengorbankan lebih 10 000 orang nyawa askar Monggol. Ada yang mati ketika
serangan dan ada yang mati ketika melarikan diri sebelum diserang demam
Malaria.





Selepas
itu, Raden Wijaya pun mendirikan kerajaan Majapahit yang pada masa hadapan
nanti bakal mencatat sejarah sebagai antara empayar terluas di Asia Tenggara,
di samping Empayar Melayu Srivijaya, Empayar Melayu Brunei, Empayar Melayu
Funan, Kesultanan Acheh dan Kesultanan Melayu Melaka. Semuanya bermula daripada
kebijaksanaan Raden Wijaya merancang helah dan strategi sehingga berjaya
menyelamatkan seluruh Nusantara!





Kemudian,
dari keturunan Raden Wijaya ini lahirnya pemerintah Majapahit iaitu Jayanegara,
anak Raden Wijaya dengan seorang puteri Melayu bernama Dara Petak.








Share this

Related Posts

close