Perancis
dan Malaysia kelihatan seperti tidak banyak berinteraksi. Lawatan François
Hollande semalam hanyalah kali kedua Presiden Perancis melawat Malaysia,
selepas lawatan pertama dibuat Jacques Chirac pada tahun 2003. Tapi sebenarnya,
ada pemerintah negeri Melayu yang telah berhubungan dengan Perancis sejak 160
tahun yang lalu, iaitu Raja Temenggong Tun Daeng Ibrahim, datuk kepada moyang
DYMM Sultan Johor yang sekarang.
Pada 12 April 1857 (17 Syaaban 1273H), Temenggong Daeng
Ibrahim mengutus sepucuk Surat Emas kepada Maharaja Perancis, di mana disebut
perjumpaan antara Temenggong dan diplomat Maharaja Perancis yang bernama
Charles de Montigny. Temenggong juga menghadiahkan sepucuk keris dan 'dua tomba
pakaian cara Melayu' kepada Maharaja Perancis.
Untuk apa Temenggong menulis surat kepada Maharaja
Perancis? Saja-saja? Nak mempromosi busana Melayu?
Maharaja Perancis ketika itu ialah Napoleon III atau
Louis-Napoléon Bonaparte, anak saudara kepada Napoléon Bonaparte (Napoleon I)
Maharaja Perancis dari tahun 1804 hingga 1815. Selepas Napoleon jatuh pada
tahun 1815, tampuk pemerintahan Perancis dikembalikan kepada Dinasti Bourbon
yang memerintah Perancis sebelum Revolusi 1789. Raja-raja Bourbon tidak popular
di kalangan rakyat dan digulingkan dalam Revolusi 1830. Kemudian Louis-Philippe
menubuhkan Monarki Julai yang turut digulingkan dalam Revolusi 1848. Orang
Perancis menubuhkan Republik Kedua dan melantik Louis-Napoléon sebagai
presiden. Namun Louis-Napoléon telah mengisytiharkan diri sebagai Maharaja
Napoleon III pada tahun 1852, mengikut jejak lama bapa saudaranya.
Tujuan Temenggong menulis surat kepada Napoleon III
adalah untuk menjalin hubungan dengan Perancis, supaya menjadikan Perancis
sebagai pengimbang ('balancer') kepada British, demi memelihara kemerdekaan
Johor. Ketika itu Perancis dan British bersaing untuk memperluaskan pengaruh di
rantau Asia Tenggara. Walaupun Perancis dan British baru sahaja berpakat
menentang Rusia dalam Perang Crimea (1853-1856), kepentingan mereka adalah
bercanggahan. Napoleon III bercita-cita membina empayar yang boleh menandingi
British. Malah British dan Perancis meninggalkan rancangan menyerang Rusia
secara bersama kerana masing-masing mengkhianati satu sama lain.
Keadaan ini telah memberi ruang yang boleh dimanipulasi
oleh Temenggong. 'Musuh kepada musuh saya ialah kawan saya' adalah 'maxim'
dalam diplomasi/geopolitik. Kalau Temenggong dapat menjalin hubungan dengan
Perancis, maka Johor dapat melemahkan pengaruh British (tanpa memutuskan
hubungan dengan British). Dan hubungan dengan British pula boleh digunakan
untuk mengelakkan Perancis mendominasi Johor. Ini adalah salah satu jenis
strategi imbangan kuasa ('balance of power') di mana negara 'play great powers
against each other'.
Namun rancangan Temenggong tergendala kerana pada tahun
1871, berlaku perang di antara Perancis dan Prussia (salah sebuah negeri
Jerman). Perancis kalah dan Napoleon III terpaksa meninggalkan takhta.
Kemenangan Prussia membawa kepada penyatuan negeri-negeri Jerman menjadi sebuah
Empayar Jerman yang bersatu, dan ancaman Jerman tersebut telah merapatkan
British dan Perancis. Perancis tidak dapat berfungsi sebagai pengimbang lagi.
Maka, putera Daeng Ibrahim iaitu Sultan Abu Bakar telah menukar strategi kepada
'Pan-Islamism' (menjalin hubungan dengan Turki Uthmaniyyah) dan 'Pan-Malayism'
(menjalin hubungan dengan negeri-negeri Malayo-Polynesia seperti Hawaii) untuk
terus memelihara kemerdekaan Johor, sehingga tahun 1914 apabila Johor terpaksa
menerima Penasihat British.
Kedua-dua Temenggong Daeng Ibrahim dan puteranya Sultan
Abu Bakar adalah pengamal seni imbangan kuasa. Dan seni tersebut masih boleh
dilihat dalam dasar luar Malaysia pada hari ini. Amerika, Rusia, China, Jepun,
Iran, Saudi, Jerman, Perancis, India – 'the more the merrier'. Nampak macam
saling bertentangan (bagaimana berbaik-baik dengan Amerika dan Rusia serentak,
dengan China dan Jepun, dengan Iran dan Saudi serentak?), tetapi sebenarnya
lagi banyak negara yang mempunyai hubungan dengan Malaysia, lagi banyak
'leverage' yang diperolehi Malaysia.
Related Posts
- Legenda Rang Dungo dan Telur Emas Dayak LundayehMASYARAKATLundayeh bukan sahaja ada di Sarawak malah mereka juga sebenarnya bertebaran di seluruh Pulau Borneo samada di Sabah,Brunei mahupun di Kali ...
- Sejarah Kerajaan Brunei Tua Biladisebut Kerajaan Kesultanan Brunei Darussalam sudah semesti ramai yangmengetahuinya lebih-lebih lagi Negara Brunei Darussalam sekarang adalah neg ...
- Antara Melayu Hindu dan BuddhaSayarunsing dengan masyarakat Malaysia zaman sekarang ini terutamanya dengan sikapsegelintir yang selalu sahaja membuat onar menidakkankewujudan seja ...
- Apa Perbedaan Antara United Kingdom, Great Britain Dan England (Inggris) ?Eh, ini mau panggil UK ke Inggris? Great Britain ini apa pula?Niall Horan ini dari UK ke Irlandia?Pastinyabanyak yang bertanya tanya tentang persoala ...
- Perang Paling Unik di Dunia , Manusia melawan Burung Emu Pernahkah anda terfikir bagaimana manusia boleh kalah‘’berperang’’ dengan haiwan vertebrat seperti burung Emu?. Ianya bunyi agakkelakar tetapi inilah ...
- Musu' Selleng dan Penyebaran Islam di Sulawesi SelatanIstana Tamalate dan Pasukan Pengawal istana Kerajaan Gowa, Sungguminasa, Sulawesi Selatan. Ketika memuncaknya ambisi Gowa untuk menguasai Bone, sejal ...