PERANG KERAJAAN SRIWIJAYA-CHENLA
Jayavarman II dikenali sebagai pengagas
Angkor dengan mengisytiharkan dirinya bebas dari satu kekuasaan besar di Asia Tenggara. Kekuasaan ini dikenali
sebagai Kerajaan dari Asia Tenggara
oleh catatan-catatan pengembara China dan Maharaja of Thousands Islands oleh
para pedagang Arab dan Parsi.Tidak ramai tahu tentang peperangan yang telah
terjadi di Indochina melibatkan kekuasaan ini,Sriwijaya dengan Chenla, yaitu
kerajaan awal orang Khmer sebelum wujudnya Angkor.
Saya (Srikandi) telah merujuk kepada
empat sumber yang menceritakan kejadian yang serupa,berlaku 1200 tahun dahulu
di Indo-china, melibatkan sebuah
kerajaan besar Melayu dengan kerajaan terawal orang Khmer yaitu dikenali
sebagai Chenla dalam catatan
pengembara dan kerajaan
China.
Sumber-sumber tersebut ialah:
- Kitāb al-Masālik w’al- Mamālik oleh Ibnu
Khordadbeh 870 Masehi - Akhbar al-Sind wal-Hind oleh Sulayman
al-Tajir 851 Masehi - Silsilat al-tawarikh oleh Abu Zayd Hasan
Ibn Yazid Al-Sirafi 916 Masehi - Muruj adh-dhahab wa ma’adin al-jawahir
oleh Masudi 947 Masehi
Dalam keempat-empat sumber di atas
terdapat catatan tentang
peperangan antara Sriwijaya dengan Chenla disebabkan oleh berita yang diterima
oleh maharaja Sriwijaya berkenaan sikap angkuh seorang raja Khmer yang muda. Raja Chenla itu
mengatakan dengan angkuhnya di hadapan khalayak bahawa dia ingin melihat kepala
Maharaja (pemerintah kerajaan
Sriwijaya) di hadapannya.
Apakah yang dilaporkan oleh Sulayman ?
satu catatan dari empat sumber
tersebut.Saya mengambil catatan dari Sulayman al-Tajir dan disebut semula dalam
Muruj adh-dhahab wa ma’adin al-jawahir oleh Masudi yang ditulis di abad 10
Masehi:
Raja Zhenla (Chenla) berkata kepada para
menterinya: “Saya mempunyai satu hajat: untuk melihat kepala Maharaja di
hadapan saya di sebuah talam.”
Hasrat raja itu tersebar dari mulut ke
mulut, dan akhirnya sampai juga ke
telinga Maharaja sendiri. Maharaja pun mengambil keputusan untuk berpura-pura
memulakan satu ekspedisi pelayaran untuk melihat
seluruh area jajahannya, tapi
kemudian Maharaja belayar secara langsung menuju Zhenla. Maharaja tidak mempunyai masalah dalam
belayar menerusi sungai menuju ke arah ibukota, memasuki istana dan menangkap
raja Zhenla itu .(Maharaja berkata): “Anda telah menyatakan niatan untuk melihat kepala
saya di hadapan anda di atas sebuah talam.(Maharaja menyambung):
“Jika anda berkata anda mau merebut
negara saya, saya akan melakukan perkara yang sama kepada anda. Tetapi oleh
karena anda hanya melahirkan keinginan yang satu ini,saya akan dengan senang hati untuk
memberikan anda layanan yang sama,yang anda ingin coba pada saya.”
Kemudian raja Zhenla itu pun dipancung,
dan Maharaja memerintahkan Perdana Menteri untuk melantik seorang raja baru.
Kemudian Maharaja segera pulang ke tempat asalnyadengan tidak mengambil apa-apa malah
mengarahkan orang-orangnya juga berbuat demikian. Kekuatan Srivijaya ialah 1000 buah kapal
perang dengan kekuatan dari sebelah Chenla diperkirakan
lebih 50,000 pasukan dan 1000 hulu
balang
istana.
KESIMPULAN
Terdapat beberapa kesimpulan dari
peristiwa bersejarah ini.
- Kekuasaan Maharaja yakni pemerintah Sriwijaya
amat digeruni ketika itu. - Kerajaan Melayu
ketika itu memang licik,bijak,rockstar dan badass.Tidak seperti sesetengah
orang Melayu yang apologetik, inferior, dungu, lembek, pengecut dan suka
menyalahkan bangsa sendiri sebagai pegalihan
kenyataan pada hari ini. - Kita boleh lihat kebenaran teori Sriwijaya
bukan sebuah kuasa imperialisme yang mengikut model Barat tetapi gaya imperialisme
tempatan yang berisikan
‘big trading network system’ atau sebuah konglomerat maritim yang bersekutu. Buktinya, Maharaja hanya meninggalkan Chenla selepas membunuh rajanya, tanpa
mengambil apa-apapun atau bahkan menjarah kerajaan Khmer Itu. Apa yang Maharaja
hendak ialah perdagangan dua arah
dengan Chenla, dengan Chenla membekalkan produknya kepada kerajaan, dan kemudian kerajaan memperdagangkannya ke
China atau India. - Maharaja tidak berselera untuk mengambil
pusing administrasi Chenla.
Buktinya Maharaja mengarahkan menteri Chenla melantik raja baru. Dalam kasus ini kemungkinan besar
adalah Jayavarman I. - Chenla ada lebih dahulu dari Angkor dan Angkor Wat
yang terkenal itu.Jadi Sriwijaya memang superior.
Tidak tahu bukan bermakna tiada.Yang
penting mengkaji dengan pemikiran positif sejarah
Melayu bukan sesempit dari sumatera
hingga ke Sabah. Sejarah
Melayu bukan hanya bermula
dari zaman Kesultanan Melaka atau kedatangan Agama Islam. Islam melengkapkan
lagi sikap kesusilaan
dan berdikari bangsa Melayu, dari
catatan era dinasti Sui lama sebelum kedatangan agama Islam yang suci :
“…mereka menganggap tangan kanan sebagai
suci dan tangan kiri sebagai tidak suci. Mereka mencuci setiap paginya, membersihkan gigi
mereka dengan kepingan kecil kayu, dan tidak gagal untuk membaca doa mereka…”
Sebab itu mereka memilih agama
Islam,karena agama ini mengajarkan kesusilaan yang sesuai dengan jiwa mereka.
Related Posts
- Riwayat Bangsa Purba Mon dan Melayu DalamHistory of Laos oleh Maha Sila Viravond,seorang sarjana Laos,ada menceritakanbahasa purba yang dipertuturkan di Indochina pada zaman silam adala ...
- GAJAH MADA MENYATUKAN SELURUH NUSANTARAKerajaanMajapahit tidak akan menjadi sebuah Kerajaan yang terluas di Nusantara setelahKerajaan Melayu Sriwijaya kalau tidak karena seorang tokoh terk ...
- Hubungan Temenggong dan NapoleonPerancisdan Malaysia kelihatan seperti tidak banyak berinteraksi. Lawatan FrançoisHollande semalam hanyalah kali kedua Presiden Perancis melawat Mala ...
- Legenda Rang Dungo dan Telur Emas Dayak LundayehMASYARAKATLundayeh bukan sahaja ada di Sarawak malah mereka juga sebenarnya bertebaran di seluruh Pulau Borneo samada di Sabah,Brunei mahupun di Kali ...
- Apa Perbedaan Antara United Kingdom, Great Britain Dan England (Inggris) ?Eh, ini mau panggil UK ke Inggris? Great Britain ini apa pula?Niall Horan ini dari UK ke Irlandia?Pastinyabanyak yang bertanya tanya tentang persoala ...
- Perang Paling Unik di Dunia , Manusia melawan Burung Emu Pernahkah anda terfikir bagaimana manusia boleh kalah‘’berperang’’ dengan haiwan vertebrat seperti burung Emu?. Ianya bunyi agakkelakar tetapi inilah ...