Kampanye Penaklukan Mongol ke Jepang







KAMPANYE
PENAKLUKAN MONGOL KE  JEPANG




Dari
Kerajaan Melayu Champa, sehinggalah ke Mamluk di Mesir, Mongol menyerang
seperti belalang yang memakan tanam-tanaman yang terbentang yang dibangunkan
oleh para petani. Salah satu dari pada kerajaan yang tidak terlepas dari bala
amukan Monggol ialah Jepang yang ketika itu dibawah pemerintahan Maharaja
Kameyama. Ada yang gagah bertahan macam Raden Wijaya pengagas Kerajaan
Majapahit dengan penuh bijaksana dan cerdas. Ada juga yang pecundang awal
seperti Dinasti-Dinasti China.







Semuanya berawal ketika tahun 1266, di mana pemerintah
Mongol yang bernama Kublai Khan telah menghantarkan kiriman surat kepada
maharaja Jepang yang bernama Kameyama, menuntut supaya Maharaja Jepang tunduk
pada kekuasaan Kerajaan Mongol. Malangnya utusan Kublai Khan yang merupakan
penggagas Dinasti Yuan di China kembali ke China tanpa adanya jawaban daripada
Maharaja. Namun tindakan tidak langsung dilakukan oleh Kublai Khan ketika itu
karena dia sedang sibuk menundukkan Dinasti di China.





Pada tahun 1272, setelah setahun menyatukan seluruh China
dan menggagas Dinasti Yuan di China, barulah Kublai Khan kembali mengarahkan
perhatiannya ke arah Jepang. Ianya bermula dengan mengembangkan kapal yang akan
melintasi Selat Tsushima menuju terus ke Jepang. Dicatatkan bahawa Kublai Khan
telah membuat sekurang-kurangnya 300 kapal besar serta 400 – 500 buah pengangkutan
yang lebih kecil seperti perahu. Jumlah tentera yang mampu dibawa oleh Mongol
ialah sekitar 40, 000 buah orang. Jepang pula hanya mampu membawa sekitar 10,
000 orang sahaja. Di Atas kertas, memang Jepang seperti bukan lawan yang setanding.





Angkatan Laut Monggol ini berlepas daripada Masan yang
terletak di Korea Selayan hari ini, tepat pada musim Luruh pada sekitar tahun 1274.
Beberapa buah pulau di Selat Tsushima dan Pulau Iki berjaya ditawan dan sekurang-kurangnya,
300 orang Jepang yang mendiami pulau itu menjadi korban amukan Mongol sebelum
terus menuju ke Teluk Hakata.





Ketika gelombang pertama serangan Monggol ini, kita dapat
melihat kejutan yang dialami oleh para samurai yang menganggotai pasukan
tentera Jepang. Kita semua tahu tentang kode Bushido yang menjadi pegangan
tentera Jepang. Budaya perang di Jepang biasanya melibatkan wakil pahlawan dari
pasukan mereka akan maju ke depan, mengumumkan nama dan keturunannya, dan
menantang musuh untuk pertarungan satu lawan satu. Tentera Mongol yang melihat
apa yang dilakukan oleh para samurai ini merasa bingung. Mereka tidak langsung
menghantar wakil pahlawan daripada pihak mereka, sebaliknya melancarkan
serangan besar-besaran ke atas samurai yang tampil itu serta tentera Jepang
yang lain.





Teknologi peperangan yang digunakan oleh tentera Monggol
ketika itu pun sebenarnya lebih maju daripada yang dimiliki oleh Jepang.
Sebagai contoh, busur panah mereka mampu memanah dua kali lebih jauh daripada
busur panah yang dimiliki oleh para Samurai Jepang. Akibatnya, di penghujung
pertempuran, Jepang terpaksa berundur daripada medan perang.





Namun, siapa tahu bahawa dalam hal ini, TUHAN telah mengirimkan
bantuan yang setelah ini akan membantu Jepang dalam menyelamatkan tanah air
mereka. Pada malam itu juga, hujan lebat sedang turun. Ketika itu, anggota
tentera Mongol yang terdiri daripada orang China dan Korea coba menasihati para
jeneral Mongol untuk menjauhkan diri daripada laut. Namun, mereka tidak mengindahkan
nasihat daripada para penasihat ini dan kapal-kapal Mongol berlayar ke tengah
lautan dan… taufan yang terkenal dalam sejarah iaitu Kamikaze mula membantai
armada laut Mongol pada waktu malam.





Pada saat kapal-kapal Monggol dihancurkan oleh taufan
Kamikaze, samurai-samurai Jepang telah menyelinap pada waktu malam dan telah
membunuh seluruh penghuni kapal-kapal Mongol yang tinggal. Pada saat ini
dikatakan bahawa pedang Jepang telah tersekat ketika mahu membelah tubuh
tentera Monggol yang dibaluti oleh baju besi. Peristiwa ini telah membawa
kepada terciptanya Pedang Katana yang setelah ini, sangat terkenal sehingga
sampai ke Malaysia.





Kublai Khan tidak mahu duduk diam sahaja disitu, maka
dirancangnya kampanye kedua untuk menakluk Jepang. Ianya pada tahun 1280 di mana
Kublai Khan telah mengagas kementerian baru dalam kerajannya, dan kementerian
itu berfungsi khas untuk merencanakan rancangan penaklukan Jepang. Kali ini,
bala tentera yang dikirimkan untuk menaklukan Jepang jauh lebih besar daripada
gelombang pertama Monggol ke atas Jepang. Khabarnya, terdapat 900 buah kapal
yang terdiri dari  40, 000 orang tentara
gabungan Mongol sendiri, Korea dan orang China sendiri yang bergerak dari
Misan, Korea. Di selatan China pula, 3500 buah kapal dilancarkan dengan sekurang-kurangnya
100 ribu orang tentera dalam kapal tersebut.





Kapal pertama sampai ke Jepang dari Misan, Namun, tentera
Jepang yang berada dibawah Keshogunan Kamakura ketika itu yang berjumlah dalam
40 000 orang telah membuat tembok tinggi sepanjang di Teluk Hakata. Ini
membuatkan armada kapal Mongol itu tidak mempunyai banyak peluang untuk
mendarat. Pada waktu malam pula, samurai-samurai ini akan menaiki sampan dan
kapal yang lebih kecil, yang lebih gesit di  dalam pertempuran. Mereka akan menyelinap
masuk ke dalam kapal-kapal Mongol dan membunuh mereka. Lagipun mereka tahu
tentera Mongol yang kebanyakannya dilatih dalam pertempuran dalam ruang terbuka
akan mengalami masalah kalau bertempur secara dekat dan gelap. Mereka lebih
terlatih bertempur di atas kuda. Apabila hari mula pagi, samurai-samurai ini
akan berundur kembali ke balik tembok yang dibuat oleh mereka. Taktik gerilla
ini membuatkan bala Mongol itu tidak tertahan dan terpaksa berundur ke Selat
Tsushima untuk menunggu 100 ribu dan 3500 buah kapal yang berlepas dari Selatan
China. Lalu dua kapal ini bergabung untuk melanggar Jepang.





Tetapi sepertinya, Tuhan tidak merestui tindakan Kublai
Khan, ketika samurai-samurai ini sedang dalam kerisauan, dua-dua kapal yang
sedang dalam perjalanan untuk melanggar Jepang ini sekali lagi dihabisi oleh
taufan Kamikaze. Kali ini, dicatatkan bahawa 4000 buah kapal telah karam
dibantai oleh rebut taufan. Selebihnya coba mendarat di atas pantai, tetapi
malangnya dibunuh dan dihancurkan oleh bala askar Samurai Jepang. Dicatatkan
betapa kehancuran ketika itu, di Teluk Hakata, dikatakan hampir setiap inci
pantai dipenuhi oleh tinggalan-tinggalan kapal yang karam.





Orang Jepang percaya bahawa taufan yang menyelamatkan
mereka dikirimkan oleh Tuhan mereka serta taufan itu diberi nama Kamikaze yang
membawa maksud “divine wind”. Kublai Khan paham akan kepercayaan dengan orang
Jepang dan menganggap bahawa tanah Jepang dilindungi oleh satu kuasa yang luar
biasa, maka mereka mengambil keputusan untuk tidak menyerang Jepang lagi
selepas itu.







Share this

Related Posts

close