Yuk Mengenal Dinasti yang Ada di Nusantara










Menurut
Kamus Dewan edisi keempat, dinasti bermaksud jurai raja-raja pemerintah
sesebuah kerajaan yang berasal daripada satu
keturunan.Kebanyakan negara negara di dunia ini mempunyai sejarah di mana
mereka diperintah oleh sekurang kurangnya satu dinasti diraja.Sejarah politik
kebanyakan negara di Eropah didominasi oleh pelbagai dinasti diraja.





Negara
Great Britain dalam sejarahnya telah diperintah oleh pelbagai dinasti diraja
seperti Dinasti Tudor, Dinasti Stuart, Dinasti Hanover dan kini Dinasti
Windsor. Begitu juga Russia yang pada masa itu menjadi kuasa besar yang gah di
Eropah semasa pemerintahan Dinasti Romanov sehingga tercetusnya Revolusi Russia
pada tahun 1917.





Sejarah
beberapa negara Eropah seperti Belgium, Perancis, Austria, Sepanyol, Jerman dan
Sweden juga mempunyai dinasti diraja mereka sendiri seperti Dinasti Habsburg,
Dinasti Saxony, Dinasti Bourbon, Dinasti Bernadotte dan lain lain lagi.





Sejarah
pemerintahan maharaja di China(Tiongkok) juga diwarnai dengan pemerintahan
dinasti diraja yang agung seperti Dinasti Qin, Dinasti Han, Dinasti Jin,
Dinasti Sui, Dinasti Tang,Dinasti Ming dan berakhir dengan Dinasti Qing. Begitu
juga di India,Afghanistan,Pakistan,Iran,Arab Saudi,Turki dan lain lain negara
di Asia.





Kebanyakan
bangsa-bangsa di dunia ini semuanya mempunyai dinasti diraja mereka sendiri.
Namun,pernah kita berpikir adakah rumpun Melayu yang menduduki Nusantara ini
mempunyai dinasti dinasti sendiri?





Sudah
tentulah ada….





Sejak
berabad abad lamanya,rumpun Melayu termasuk sekali dengan orang Jawa dan Cham
telah membina kerajaan-kerajaan yang masyhur di wilayah sekitar Asia
Tenggara,terutama sekali di Kepulauan Melayu atau lebih masyhur dikenali dengan
nama Nusantara.





Mustahil
Nusantara tiada dinasti pemerintahan mereka sendiri kan?


Antara
dinasti Melayu paling terkenal dalam lipatan sejarah ketamadunan Melayu pada
zaman pra Islam ialah :



1.
Dinasti Sailendra



Dinasti
ini memegang kuat kepercayaan Buddha Mahayana dan pernah memerintah Empayar
Sriwijaya pada sekitar abad ke 8. 
Asal
usul dinasti ini masih saja diperdebatkan sehingga di masa kini .Slametmuljana
dan Poerbatjaraka menyimpulkan asal usul dinasti ini asli dari Kepulauan Melayu
sendiri. Ada juga sejarahwan yang menganggap dinasti ini berasal dari India
manakala sejarahwan Perancis, G.Coedes menganggap dinasti ini berasal dari
Funan berdasarkan maksud Sailendra itu sendiri. Sailendra membawa maksud Tuan
Gunung (Lord of The Mountains).





Dinasti
Sailendra pernah mengalahkan Chenla dan menguasai Kemboja sekitar tahun 790.
Kepada sesiapa yang mengetahui kisah Maharaja Zabag yang diceritakan oleh
seorang pedagang Arab, Abu Zayd Hassan,mesti tahu. Kisahnya bermula apabila
Raja Khmer yang mahu melihat kepala Maharaja Zabag di atas pinggan makannya,
akhirnya telah diserang oleh tentera maharaja Zabag hingga jatuh kerajaannya.





Kemungkinan
besar Maharaja Zabag yang diceritakan ini merujuk kepada Maharaja Dharanindra,
iatu maharaja Sailendra yang berjaya menguasai Sriwijaya pada masa itu. Di
bawah Maharaja Dharanindra, dinasti Sailendra menyerang pantai Champa pada
tahun 787 M dan seterusnya menawan Kemboja pada tahun 802. Baginda dipercayai
sebagai raja yang memulakan pembinaan Borubudur sebelum cucu baginda, Maharaja
Samaratungga berjaya menyiapkan salah satu monumen keagamaan terbesar di dunia.
Monumen itu berbentuk piramid, mempunyai 2,672 panel ukiran dan 504 ukiran
Buddha, sekaligus menjadikan ia antara candi Buddha terbesar di dunia sehingga
kini, dan akhirnya diangkat sebagai salah satu Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO.





Candi
Borobodur yang merupakan salah satu dari hasil kerja agung ketamadunan pra
Islam ini telah disiapkan di bawah pemerintahan Maharaja Samaratungga pada
tahun 825 M. Candi ini kemudiannya dirasmikan pembinaanya oleh
puterinya,Pramodhawardhani yang memerintah Jawa Timur pada tahun 833. Sementara
itu,abangnya yang bernama Balaputradewa menjadi maharaja Srivijaya di
Palembang.





Nama
Sailendra juga terdapat di prasasti Nalanda di India, apabila Maharaja
Balaputradewa mengarahkan pembinaan biara di Univerisiti Nalanda yang pada masa
itu adalah antara pusat pengajian agama Buddha terkenal hingga menerima
pelajar-pelajar dari China,Jepun,Kepulauan Melayu dan India. Dalam prasasti
Nalanda,Balaputra digelar sebagai Raja Suwarnabhumi,nama lama bagi pulau
Sumatera, dan juga digelar sebagai Ĺšailendravamsatilaka (permata wangsa
Sailendra)





2.
Dinasti Mauli



Selepas
Srivijaya diserang oleh tentera Chola dari selatan India, penduduk tempatan
Melayu telah bangkit membina semula kekuasaan baru di Selat Melaka di bawah
pemerintahan Srimat Trailokyaraja Maulibhusana Warmadewa. Kerajaan itu
dinamakan sebagai Kerajaan Malayu Dharmasraya dan berpusat di wilayah Jambi
kini. Kerajaan ini berjaya mengambil peranan Srivijaya dan seterusnya menguasai
jalan perdagangan maritim utama di Selat Melaka. Pada masa itu,wilayah kerajaan
Malayu mencakupi wilayah sebahagian Kemboja, Chaiya di selatan Thailand,
semenanjung Tanah Melayu, Sumatera hingga ke Sunda.





Penggantinya,Srimat
Tribhuwanaraja Mauli Warmadewa berjaya menjadikan kerajaan Malayu sebagai kuasa
besar di Kepulauan Melayu dan mengemballikan peranan orang Melayu untuk
menguasai Selat Melaka, sehinggalah pengiriman ekspedisi Pamalayu oleh kerajaan
Singhasari di Jawa pada tahun 1286. Perkahwinan dua orang puteri
Tribhuwhanaraja dengan bangsawan Jawa dari Majapahit seterusnya melahirkan
raja-raja agung di Nusantara selepasnya.





3.Dinasti
Rajasa



Dinasti
Rajasa merupkan dinasti keluarga diraja Jawa yang menguasai sosio-politik di
Pulau Jawa dari abad ke 13 hingga abad ke 15. Sejarahwan bersepakat bahawa
pengasas Dinasti Rajasa ialah Ken Arok atau lebih dikenali sebagai Sri Ranggah
Rajasa, yang juga merupakan pengasas kerajaan Singhasari di Jawa Timur. 
Perkahwinan
Ken Arok dengan Ken Dedes akhirnya melahirkan zuriat yang akhirnya menjadi
pemerintah kerajaan Singhasari dan Majapahit selepas itu.Zuriat-zuriatnya itu
kemudiannya berkembang dan digelar sebagai wangsa Rajasa,sempena nama gelaran
Ken Arok sendiri,iatu Sri Ranggah Rajasa.





Salah
seorang maharaja Singhasari iatu Kertanegara yang juga ahli keluarga Dinasti
Rajasa,menjadikan kerajaan Singhasari sebagai kuasa besar di Asia Tenggara pada
abad ke 13,selepas menakluk kerajaan Malayu.Namun,kerajaan ini musnah akibat
dilanggar tentera Mongol pada tahun 1292. 
Namun,tentera
Mongol berjaya dihalau keluar dari Pulau Jawa oleh salah seorang ahli keluarga
Rajasa iatu,Raden Wijaya yang juga merupakan anak saudara kepada Kertanegara.





Raden
Wijaya meneruskan kekuasaan politik Dinasti Rajasa dengan menubuhkan kerajaan
Majapahit pada tahun 1293, sebagai kesinambungan kerajaan Singhasari di Pulau
Jawa. Majapahit selepas itu berjaya menjadi sebuah empayar paling masyhur di
Nusantara dan bertahan kira kira 300 tahun lamanya. Majapahit mencapai zaman
kegemilangannya pada era pemerintahan raja Hayam Wuruk, cucu kepada Raden
Wijaya di mana baginda mempunyai seorang mahapatih (pembesar utama) yang cukup
disegani dalam sejarah Indonesia sehingga kini iatu Mahapatih Gajah Mada.
























































Majapahit
mula merosot apabila masuknya pengaruh Islam di Nusantara dan terpaksa bersaing
dengan Kesultanan Melayu Melaka yang pada masa itu menguasai Selat Melaka.
Kejatuhan kerajaan ini mencapai titik noktah apabila kekuasan kerajaan ini
akhirnya digantikan dengan penguasaan Kesultanan Demak di bawah pimpinan Raden
Patah.




Share this

Related Posts

close