Taman
Tergantung Babylon (juga dikenali sebagai Taman Tergantung Semiramis) merupakan
salah satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia. Ianya telah
dibina oleh Raja Nebuchadnezzar II (604-562 BC).
Bagaimana
rupanya taman tergantung Babylon? Seseorang pernah melukiskannya melalui sebuah
puisi :
”Seseorang
boleh minum jus buah di taman ini, hanya dengan menghidu aroma pokoknya
sahaja.Ketika angin berhembus, daun-daun palma berguguran dibawa angin
mengembang ke kolam-kolam air, lalu ke kota Babylon di bawahnya. Seluruh kota
Babylon kelihatan sangat jelas dari puncak taman. Walaupun berada di dataran
tinggi, namun seluruh tanaman disirami air setiap hari. Sistem pengairan taman
ini sangat menakjubkan."
Buah-buahan,
bunga-bungaan, pelbagai haiwan dan air terjun, semuanya terdapat dalam taman
gantung Babylon. Taman ini adalah amat menarik dan cantik sehingga
kecantikannya menjadikan bualan penduduk yang ada pada ketika itu. Taman
Gantung Babylon ini terletak di timur tebing berhampiran Sungai Euphrates,
kira-kira 50km selatan Baghdad, di Iraq.
Tidak
menghairankan sekiranya jika Philon, ahli falsafah Yunani yang gemar mengembara
mencatatnya sebagai satu dari tujuh keajaiban kuno dunia. Taman ini boleh
diibratkan seperti syurga dunia. Hedorotus pula mengatakan bahawa taman ini
terletak di dalam kawasan istana yang dindingnya berselaput emas yang sangat
tebal. Apa yang menariknya, akibat dibina begitu tinggi dari permukaan, ianya
mewujudkan ilusi seperti sebuah taman yang tergantung.
Seperti
mana Taj Mahal di India, yang dibina oleh Shah Jahan untuk Mumtaz Mahal, taman
bergantung Babylon ini pun merupakan sebuah lambang cinta sejati.
Taman
ini dibina oleh Raja Nabuchadnezzar kepada isterinya dikhas Amytis, permaisuri
tercintanya yang berasal dari kerajaan Media. Kerajaan Media berpusat di
pergunungan Persia (Iran). Amytis dambakan keindahan tempat asalnya, diantara
hijaunya pergunungan, serta sejuknya tiupan angin.
Ini
sangat berbeza dengan dengan Babylon yang terletak di padang pasir dan gurun
yang tandus. Maka, demi mengubati kerinduan isterinya, terciptalah sebuah taman
yang diibratkan seperti cebisan kayangan yang jatuh ke bumi.
Related Posts
- Antara Melayu Hindu dan BuddhaSayarunsing dengan masyarakat Malaysia zaman sekarang ini terutamanya dengan sikapsegelintir yang selalu sahaja membuat onar menidakkankewujudan seja ...
- Yuk Mengenal Dinasti yang Ada di Nusantara MenurutKamus Dewan edisi keempat, dinasti bermaksud jurai raja-raja pemerintahsesebuah kerajaan yang berasal daripada satuketurunan.Kebanyakan negara ...
- Unik !, Inilah Sejarah Perang Tersingkat di Dunia Zanzibar adalah sebuah negara pulau yang terletak di lautanhindi, sekarang ia adalah sebagian dari negara Tanzania. Pulau Zanzibar menjadidibawah kaw ...
- Bagaimana Keris Bisa Membunh ? Keris dikatakan senjata yangsangat berbisa. Bagaimakah keris bias membunuh orang yang ditikam ? Sebenarnyakeris dapat memburaikan isi perut dengan se ...
- Apa Perbedaan Antara United Kingdom, Great Britain Dan England (Inggris) ?Eh, ini mau panggil UK ke Inggris? Great Britain ini apa pula?Niall Horan ini dari UK ke Irlandia?Pastinyabanyak yang bertanya tanya tentang persoala ...
- Kisah Kekalahan Mongol Melawan Kerajaan Majapahit di Tanah Jawa Kaliini kita belajar pula bagaimana Raden Wijaya memainkan peranannya dalam sejarahdi Nusantara ini, dan bagaimana liciknya Raden Wijaya berjayamenum ...