Sejarah Muasal April Mop










Tidak
ramai yang tahu asal usul April’s Fools. Lebih mengecewakan apabila umat Islam
turut menyambutnya tanpa mengetahui nasib nenek moyang seagama yang dilumatkan
teruk oleh tentera-tentera Ferdinand III dan Isabella I. Proksi-proksi mereka
mengutuskan wain dan tembakau kepada Dunia Islam. Tetapi cukup pasal kejatuhan
Islam di Andalusia, kerana peristiwa itu tiada
 kaitan langsung
dengan April’s Fools.
 









Terdapat banyak pendustaan disebarkan yang
mengatakan bahawa April’s Fools diciptakan untuk mengatakan bahawa umat Islam
telah ditipu dan April’s Fools dibuat untuk menyambut kejatuhan Granada pada 1
April . Dan rata-ratanya ramai mempercayainya, berdasarkan amaun perkongsian
yang diteliti.












Pertama sekali, Muhammad XII menyerahkan Emiriyah
Granada, sekali kota dan Istana Alhambra pada 2 Januari, 1492. Itulah tarikh
kejatuhan Granada, bukan 1 April seperti didendangkan. Perlu diingatkan bahawa
rokok masih lagi belum wujud di Andalusia pada ketika ini.












Pendustaan kedua turut mengaitkan peristiwa yang
sama, iaitu selepas kekalahan Islam, kuasa Kristian menjanjikan bahawa umat
Islam akan dihantar ke Afrika, tetapi mereka memungkirinya lalu membakar
kapal-kapal pada 1 April. Maka mereka menyambut April’s Fools untuk menghina
umat Islam – ini adalah satu fitnah. Sungguhpun kuasa Islam jatuh pada 1492,
arahan pertama yang menghalau umat Islam dikeluarkan pada April, 1609. Jangan
bersorak lagi, kerana April tersebut bertarikhkan April 9, iaitu pada ketika
Raja Philip III.












Itupun baginda menghalau golongan Morisco yang
merupakan turun temurun umat Islam yang murtad kerana takutkan penghalauan atau
hukuman mati daripada Ferdinand III dan Isabella I.












Asal usul April’s Fools Day masih lagi misteri.
Sejarawan mengandaikan bahawa peristiwa ini bermula sejak 1582, apabila
Perancis tukar sistem kalendar Julian ke Gregorian. Tidak ramai yang sedar
bahawa tahun baru telah ditolak ke 1 Januari. Dan mereka akan dibahan jika
menyambut peristiwa tahun baru semasa penghujung Mac hingga 1 April.
‘Pembahanan’ ini akan menyusuli sejenis ikan kertas yang akan diletakkan di
belakang mereka – “poisson d’avril” (ikan April) sebagai simbol ikan yang mudah
ditangkap dan orang yang mudah tertipu.





Sejarawan turut berpendapat bahawa peristiwa
April’s Fools dapat ditemui daripada perayaan kuno seperti Hilaria, di Rom pada
penghujung Mac. Ada juga spekulasi bahawa peristiwa ini terikat dengan
ekuinoks, iaitu hari pertama Musim Bunga untuk Hemisfera Utara, apabila Alam
Semulajadi menipu orang dengan cuaca berubah.












Apa-apa pun, peristiwa ini sampai Britain pada abad
ke-18. Di Scotland, April’s Fools adalah peristiwa dua hari, bermula dengan
upcara “hunting the gowk” iaitu apabila pengutus dihantar untuk menguruskan
tugasan yang sebenarnya palsu, disambungkan dengan Hari Tailie iaitu apabila
orang-orang diusik dengan tanda “tendang aku” atau ekor dilekatkan di belakang.












Makin lama, tradisi ini disambut satu dunia. Media
siap membuat perakuan palsu lagi untuk menipu penonton. Semua ini adalah usikan,
yang tiada kaitan dengan peperangan atau propaganda. Pada 1957, BBC siap
menunjukkan petani-petani Switzerland sedang menuai mi spaghetti daripada
pokok. Ramai juga yang ditipu. Sports Illustrated siap menipu seorang budak
baru bernama Sidd Finch membaling bola selaju 168 batu sejam (270km/j). Pada
1998 pula, Burger King mempromosikan hidangan “Left-Handed Whopper” yang
menyaksikan ramai pelanggan yang memesankan sandwich tersebut – tetapi itu
hanyalah gurauan April semata-mata.












Apa-apa pun artikel ini bukanlah mahu menghalalkan
fatwa yang dikeluarkan ke atas April Fool oleh para ulamak dan badan
berautoriti agama di Malaysia kerana apa yang kami cuba betulkan di sini ialah
kesalahan fakta yang asyik disebarkan di alam maya. Yang haram tetap haram
hukumnya.
 































Islam ialah agama yang mengangkat kebenaran, maka
berhujahlah atas nama kebenaran.
 








Share this

Related Posts

  • Hubungan Temenggong dan Napoleon
    Hubungan Temenggong dan NapoleonPerancisdan Malaysia kelihatan seperti tidak banyak berinteraksi. Lawatan FrançoisHollande semalam hanyalah kali kedua Presiden Perancis melawat Mala ...
  • Legenda Rang Dungo dan Telur Emas Dayak Lundayeh
    Legenda Rang Dungo dan Telur Emas Dayak LundayehMASYARAKATLundayeh bukan sahaja ada di Sarawak malah mereka juga sebenarnya bertebaran di seluruh Pulau Borneo samada di Sabah,Brunei mahupun di Kali ...
  • Antara Melayu Hindu dan Buddha
    Antara Melayu Hindu dan BuddhaSayarunsing dengan masyarakat Malaysia zaman sekarang ini terutamanya dengan sikapsegelintir yang selalu sahaja membuat onar menidakkankewujudan seja ...
  • GAJAH MADA MENYATUKAN SELURUH NUSANTARA
    GAJAH MADA MENYATUKAN SELURUH NUSANTARAKerajaanMajapahit tidak akan menjadi sebuah Kerajaan yang terluas di Nusantara setelahKerajaan Melayu Sriwijaya kalau tidak karena seorang tokoh terk ...
  • Raja Kamehameha: Raja Kerajaan Hawaii yang Agung
    Raja Kamehameha: Raja Kerajaan Hawaii yang AgungKalau ditanyakan apa maksud kamehameha kepada kebanyakan orang kita, kebanyakan kita akan terbayangkan satu jurus kuasa dari sebuah anime Jepun yang ...
  • Riwayat Bangsa Purba Mon dan Melayu
    Riwayat Bangsa Purba Mon dan Melayu DalamHistory of Laos oleh Maha Sila Viravond,seorang sarjana Laos,ada menceritakanbahasa purba yang dipertuturkan di Indochina pada zaman silam adala ...
close