PERANG KERAJAAN SRIWIJAYA-CHENLA










PERANG KERAJAAN SRIWIJAYA-CHENLA



Jayavarman II dikenali sebagai pengagas
Angkor dengan mengisytiharkan dirinya bebas dari satu kekuasaan besar
di Asia Tenggara. Kekuasaan ini dikenali
sebagai
Kerajaan dari Asia Tenggara

oleh catatan-catatan pengembara China dan Maharaja of Thousands Islands oleh
para pedagang Arab dan Parsi.Tidak ramai tahu tentang peperangan yang telah
terjadi di Indochina melibatkan kekuasaan ini,Sriwijaya dengan Chenla, yaitu
kerajaan awal orang Khmer sebelum wujudnya Angkor.




Saya (Srikandi) telah merujuk kepada
empat sumber yang menceritakan kejadian yang serupa,berlaku 1200 tahun dahulu
di Indo
-china, melibatkan sebuah
kerajaan besar Melayu dengan kerajaan terawal orang Khmer yaitu dikenali
sebagai Chenla dalam
catatan
pengembara dan
kerajaan

China.


Sumber-sumber tersebut ialah:












  1. Kitāb al-Masālik w’al- Mamālik oleh Ibnu
    Khordadbeh 870 Masehi

  2. Akhbar al-Sind wal-Hind oleh Sulayman
    al-Tajir 851 Masehi

  3. Silsilat al-tawarikh oleh Abu Zayd Hasan
    Ibn Yazid Al-Sirafi 916 Masehi

  4. Muruj adh-dhahab wa ma’adin al-jawahir
    oleh Masudi 947 Masehi










Dalam keempat-empat sumber di atas
terdapat
catatan tentang
peperangan antara Sriwijaya dengan Chenla disebabkan oleh berita yang diterima
oleh maharaja Sriwijaya berkenaan sikap angkuh seorang raja Khmer yang muda.
Raja Chenla itu
mengatakan dengan angkuhnya di hadapan khalayak bahawa dia ingin melihat kepala
Maharaja (pemerintah
kerajaan

Sriwijaya) di hadapannya.







Apakah yang dilaporkan oleh Sulayman ?





satu catatan dari empat sumber
tersebut.Saya mengambil catatan dari Sulayman al-Tajir dan disebut semula dalam
Muruj adh-dhahab wa ma’adin al-jawahir oleh Masudi yang ditulis di abad 10
Masehi:


Raja Zhenla (Chenla) berkata kepada para
menterinya: “Saya mempunyai satu hajat: untuk melihat kepala Maharaja di
hadapan saya di sebuah talam.”





Hasrat raja itu tersebar dari mulut ke
mulut, dan akhirnya sampai
juga ke
telinga Maharaja sendiri. Maharaja pun mengambil keputusan untuk berpura-pura
memulakan satu ekspedisi pelayaran untuk m
elihat
seluruh area jajahannya, tapi
kemudian Maharaja belayar secara langsung menuju  Zhenla. Maharaja tidak mempunyai masalah dalam
belayar menerusi sungai menuju ke arah ibukota, memasuki istana dan menangkap
raja Zhenla itu .
(Maharaja berkata): “Anda telah menyatakan niatan untuk melihat kepala
saya di hadapan anda di atas sebuah talam.(Maharaja menyambung):





“Jika anda berkata anda mau merebut
negara saya, saya akan melakukan perkara yang sama kepada anda. Tetapi oleh
karena anda hanya melahirkan keinginan yang satu ini,saya akan
dengan senang hati untuk
memberikan anda layanan yang sama,yang anda ingin coba pada saya.”





Kemudian raja Zhenla itu pun dipancung,
dan Maharaja memerintahkan Perdana Menteri untuk me
lantik seorang raja baru.
Kemudian Maharaja segera pulang ke tempat asalnya
dengan tidak mengambil apa-apa malah
mengarahkan orang-orangnya juga berbuat demikian. 
Kekuatan Srivijaya ialah 1000 buah kapal
perang dengan kekuatan dari sebelah Chenla
diperkirakan
lebih 50,000 pasukan dan 1000 hulu

balang
istana.


KESIMPULAN




Terdapat beberapa kesimpulan dari
peristiwa bersejarah ini.













  1. Kekuasaan Maharaja yakni pemerintah Sriwijaya
    amat digeruni ketika itu.

  2. Kerajaan Melayu
    ketika itu memang licik,bijak,rockstar dan badass.Tidak seperti sesetengah
    orang Melayu yang apologetik, inferior, dungu, lembek, pengecut dan suka
    menyalahkan bangsa sendiri sebagai
    pegalihan
    kenyataan
    pada hari ini.

  3. Kita boleh lihat kebenaran teori Sriwijaya
    bukan sebuah kuasa imperialisme yang mengikut model Barat tetapi gaya imperialisme
    tempatan yang ber
    isikan
    ‘big trading network system’ atau sebuah konglomerat maritim yang bersekutu. Buktinya, Maharaja hanya meninggalkan Chenla selepas membunuh rajanya, tanpa
    mengambil apa-apapun atau bahkan menjarah kerajaan Khmer Itu. Apa yang Maharaja
    hendak ialah perdagangan dua ara
    h
    dengan Chenla, dengan Chenla membekalkan produknya kepada
    kerajaan, dan kemudian kerajaan memperdagangkannya ke
    China atau India.

  4. Maharaja tidak berselera untuk mengambil
    pusing
    administrasi Chenla.
    Buktinya Maharaja mengarahkan menteri Chenla melantik raja baru.
    Dalam kasus ini kemungkinan besar
    adalah Jayavarman I.

  5. Chenla ada lebih dahulu dari Angkor dan Angkor Wat
    yang terkenal itu.Jadi Sriwijaya memang superior.




















Tidak tahu bukan bermakna tiada.Yang
penting mengkaji dengan pemikiran positif
sejarah
Melayu bukan sesempit dari
sumatera
hingga ke Sabah.
Sejarah
Melayu bukan
hanya bermula
dari zaman Kesultanan Melaka atau kedatangan Agama Islam. Islam melengkapkan
lagi sikap
kesusilaan
dan berdikari bangsa Melayu,
dari
catatan era dinasti Sui lama sebelum kedatangan agama Islam yang suci :


“…mereka menganggap tangan kanan sebagai
suci dan tangan kiri sebagai tidak suci. Mereka mencuci setiap pagi
nya, membersihkan gigi
mereka dengan kepingan kecil kayu, dan tidak gagal untuk membaca doa mereka…”








Sebab itu mereka memilih agama
Islam,karena agama ini mengajarkan kesusilaan yang sesuai dengan jiwa mereka.






Share this

Related Posts

close